Sunday, January 9, 2011

Aksi dan aktiviti Auliya

Si chekmek ni genap 1 tahun 10 bulan hari ni.... huhu... dah makin besar, makin aktif.. makin byk akalnya....

Conteng kaki, tangan.. Takleh 'lepa' pen.. huhu..

Gambar kat atas ni masa event Blue CD Sunday aritu (19.12.10).. Semua pakat pakaikan anak dgn CD biru.. Gambar candid. Auliya amik kunci nak bukak pintu sendiri..


Ni gambar minggu lepas... Kuar2 bilik air dia tgh 'iron' baju.. huhu.. Tekejut!!! abis dia amik baju2 dia nak iron... Nasib baik iron tak panas.. huhu.. bahaya!! iron tu simpan dlm bilik, dia amik sendiri.. Mmg kena beringat sungguh dgn budak2 ni.. Tak sangka mereka cepat meniru apa yg kita buat...


Ni pun gambar minggu lepas. Juga gambar candid. Tgk2 dia amik handbag n pakai kasutku.. huhu.. Siap buat2 bercakap lagi ngan henset tu...

Inilah budak yg makin keletah, penghibur hati saya... Dia ni mmg tak byk mulut, tapi tak duk diam... Kdg2 gamat jugak rumah, bising dgn budak 2 org ni.. Auliya la suka rebut/ nak barang2 abang dia..

Skg dia suka selongkar beg sekolah abg dia, abis dia keluarkan alat tulis.. huhu.. Lps tu marah la abg dia.. Adui.... Apa yg abang dia pegang/ ada dia pun nak jugak.... Dulu tak minum air milo, air teh.. skg abg dia minum, dia pun minum.. makan pun dah makin byk sbb tgk abang dia makan byk.. hahaha....

Semoga anak2ku terus membesar dgn sihat, ceria dan bijaksana.. dlm lindungan ALLAH sentiasa.. Insya-Allah....

No comments: