Apa itu membazir?
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP... membazir adalah:
berlebih-lebihan menggunakan (membeli) sesuatu sehingga ada yg terbuang dgn sia-sia: Kalau berbelanja, jangan sampai ~.
rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=membazir
Ya betul tu.. membazir adalah melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan, cthnya dlm berbelanja.
Bagaimana yg dikatakan membazir?
Pada hemat saya la... hehe...
1. Bila sesuatu yg dilakukan itu sia-sia/ tidak berguna/ tidak memberikan faedah.. Bila membazir = membuang!
Cth: membazir masa? tenaga? wang?
2. Berbelanja melebihi kemampuan/ tidak sesuai dgn kemampuan..
Cth: Nak makan pun tak cukup duit, tiba2 beli kereta besar yg sebenarnya tak mampu pun nak bayar bulan2.. hihi.. sekadar contoh... Ataupun gaji RM1000 tapi berbelanja mcm org gaji RM10,000!! mak aih...
3. Membeli sesuatu sampai berlebih-lebihan.
Contohnya: pergi ke bazar ramadhan/ pasar ramadhan (param) dan membeli itu dan ini hingga penuh kedua-dua belah tangan.. tgk apa semua nak! hehe.. last2 makanan yg dibeli tu masuk ke dlm tong sampah aje sbb tak abis dimakan... sungguh membazir!
Ataupun dah ada banyak dah kasut tapi terus-terusan juga beli yg baru, pantang jumpa yg cantik... Last2 semua tu jd koleksi dlm almari jer... Jadi buruk sbb tak pakai, bkn sbb selalu pakai!
4. Membeli mengikut nafsu, berasaskan kehendak semata2.. Bukan berasaskan keperluan la maknanya. Then, benda yg dibeli tu tak guna pun, mgkin sbb kureng bagus atau mmg tak sesuai...
Membazir juga dikaitkan dengan boros atau kerana sikap tamak (rasa nak bolot semua, takut dpt kat org lain).. haha...
Cthnya: Tgk jualan murah terus jadi tak tentu hala.. semua nak rembat.. Itu nak, ini pun nak... lantas jadi boros berbelanja...
Cth berkaitan tamak plak: kalau ada jualan apa2 secara lelong... tak kira la online ke offline, seseorg tu blh jadi tamak sbb nak dptkan jgk benda tu... padahal benda yg di'bid' tu hanyalah satu pembaziran!
Errkk.. entah la relevan ke tak contoh??? hehe..
5. Apabila perbelanjaan tidak sesuai dgn keperluan utama/ keperluan yg lebih penting.. pendek kata, first thing first la... yg lebih utama itu mesti diutamakan tetapi perbelanjaan lebih menjurus kepada yg kurang penting/ tidak perlu.. mgkin itu satu pembaziran!
Cth: Sepatutnya peruntukan utk simpanan dan pendidikan/ keperluan anak2 itu yg menjadi keutamaan, lebih dari membelikan mereka mainan yg mahal2/ mainan yg tidak perlu atau pakaian mereka yg terlalu mahal dan secara berlebihan pula tu.. Ataupun perbelanjaan utk diri kita sendiri (sekadar utk melaram itu) mgkin jatuh dlm ranking ke-10 dlm senarai keperluan.. hehe..
6. Bila terasa "RUGI" dan mmg benar2 merugikan... huhu..
Contohnya: investment yg salah lagi merugikan.. Contoh lain: beli sesuatu yg tidak sesuai dgn harga (harga mahal tp barang tak berkualiti) atau tertipu dengan tawaran menarik... Itu juga adalah sesuatu yg sangat membazir!
Adakah hobi itu sesuatu yg membazir?
Ada org yg menghabiskan byk sekali wang semata-mata utk hobi.. Cthnya hobi yg mahal2 la.. mcm fotografi atau mengumpul apa2 la yg mahal, menghias rumah sampai berlebih2an dll.
Kalau ikutkan kebanyakan hobi boleh membawa kepada pembaziran, MELAINKAN kita mendapat byk manfaat atau lebih baik lagi mendapat "manfaat semula" daripada hobi itu..
Cthnya ada hobi yg boleh dijadikan perniagaan seperti bela kucing yg comel, memasak, mem'baking' cake, mengumpul wang asing, menanam bunga, menjahit dsbnya la...
Saya pernah terdengar satu perbincangan di WHI (TV3) tentang hobi ni.. Kata panel itu, kalau ikutkan membaca pun hobi yg membazir!! Sbb akan beli begitu byk buku dan buku itu hanya dibaca sekali shj.. Lps baca tu akan disimpan jer hingga berkotak2... Bukankah itu membazir?? MELAINKAN buku itu dijual semula/ disewa kepada org lain atau buat perpustakaan mini di rumah.. ataupun disedekahkan kepada pihak yg memerlukan (dpt jugak saham utk akhirat!!).. hehe...
Pada saya, sesuatu yg mmg utk diguna/ dipakai ataupun sesuatu yg mempunyai NILAI utk dijual semula adalah BUKAN pembaziran!!!
Begitu juga dgn makanan.. Kalau beli makanan tu mmg utk dimakan (makan sampai abis!), ia bukanlah pembaziran... Tp berpada2 la kan... Jgn sampai hidup utk makan sedangkan jiran sebelah rumah mati kelaparan!
Bagaimana pula sekiranya kita berusaha utk mendapatkan sesuatu idaman hati kita (wishlist) daripada hasil titik peluh atau simpan duit setiap hari selama berbulan2 atau bertahun2 utk mendapatkan benda tu... adakah dikatakan membazir?
Saya rasa tak.... kalau kita mmg nakkan benda tu dan telah tunaikan kewajipan kita/ HAK orang lain yg ada pada kita (zakat! jika mmg wajib kuarkan zakat) dan hak barang itu sendiri... Cth: kalau beli barang kemas (emas), mgkin bukan pembaziran kalau kita dah tunaikan zakat (zakat emas - bg semua emas yg kita ada/ zakat harta/ zakat pendapatan)....
Dan adakah membeli barang2 mahal/ mewah itu satu pembaziran walaupun kita mampu? Walaupun satu keperluan bg kita/ anak2 kita? Pada saya, kena kembali kepada persoalan di atas juga, ttg hak dan tanggungjawab! Juga ttg persoalan kehendak/ keperluan....
Selagi "meletakkan sesuatu pada tempatnya", selagi tidak melanggar hukum yg jelas lagi nyata, selagi tak menanggung hutang yg melampau, selagi tak kacau orang lain (hehe).... pada saya bukan dikatakan membazir!!
Dan menurut pendapat 20 sen saya... sekali-sekala membeli dan menggunakan barang mewah itu PERLU demi agama kita, demi mengangkat martabat agama Allah!! ISLAM adalah agama yg unggul! Bukan agama second class!! Tambahan pula kita hidup di zaman yg SEMUANYA memerlukan WANG, zaman yg segalanya berasaskan kebendaan. Tapi semuanya berbalik kepada persoalan pokok, kemampuan dan hak serta tanggungjawab la...
Dalam Islam, harta kita adalah apa yg kita makan, apa yg pakai/ guna dan apa yg kita naik (kenderaan)...
Justeru, kalau ada byk sgt pakaian, byk sgt handbag, byk sgt kasut, kereta tersusun mcm utk perhiasan jer tu adalah dikira bukan harta kita (mungkin boleh dikatakan pembaziran???!!) dan mungkin org lain lebih berhak ke atas "harta" kita itu - kena keluarkan sbg sedekah/ infaq ler maknanya tu...
Wallahu a'lam...............