Friday, September 24, 2010

Zukhruf

Budak yg berumur 6 tahun...



Actually bulan 12 ni baru genap 6 tahun.. Tahun depan masuk darjah 1 la..


Thursday, September 23, 2010

Kalau dah perempuan...

Kalau dah perempuan, perempuan jugak.. A girl is a girl!

Walaupun baru berusia 1 tahun 6 bulan sudah menunjukkan minat pada kasut!

Beberapa hari lps, suka sgt pakai kasut hitam tokmi.. Ni gambar yg sempat di'capture' petang tadi.. huhu..

Cuba nak pakai kasut tokmi!

Kasut tu dia amik sendiri dari depan almari kasut tu..

Dah 'saut' (pakai) kat kaki dia!

Mula berjalan.. Apa la yg best pakai kasut org besar cam tu?

Tunggu abang balik sekolah..


Elok tak lama lps tu tokmi, cikda, ayahsu n abang pun balik sekolah..

Satu lagi, si chekmek ni suka sgt pakai baju kurung.. Stat raya aritu la.. Lps raya pun asek nak pakai baju kurung.. Dia amik sendiri baju kurung n suh org pakaikan kat dia.. huhu..

Ptg tadi (dlm gambar) pun cam tu jgk.. Pakai baju kurung dgn seluar!

Bila org cakap, "cantiknyaaaa..." Dia pun sengih2.. huhu..

Memang beginikah anak perempuan?

Kata umi, mgkin mmg fitrah anak perempuan akan suka pada kecantikan; suka pakai baju yg cantik, suka dipuji, suka tayang pakaian kat tubuh sendiri n suka pakai kasut org cam tu.. Auliya pun dah pandai amik baju n letak kat tubuh dia mcm kita nak ukur baju utk dia tu... hehe..

p/s: Mmg 'apuh' (puas hati) la mummy (mardhiah) beli baju kat chekmek ni.. hehe.. Nanti boleh beli lagi!! Cikda nak beli pun boleh! Sebenarnya teringin sgt nak jahit sendiri baju kurung budak cam ni... Mcm umi dulu, semua baju kami umi jahitkan....

p/s: Ayahsu dah abis periksa UPSR, hari ni last.. Semoga ayahsu dapat 5A. Insya-Allah..

p/s: Dalam FB sy ada Cikda upload video adikYa jalan pakai kasut tokmi tu..

Buah katak puru

Pernah tengok atau makan buah katak puru?

Beginilah rupanya...


Rasanya masam manis.. Sedap!

Ni pokoknya, ada kat belakang rumah saya..


Buah dia ada kat batang n dahan pokok..



Dalam bahasa Melayu rasanya dipanggil buah namnam... Pernah dengar?

p/s: Sedap dimakan dgn colek (gula+kicap) ataupun dgn serbuk asam yg biasa org makan dgn buah jambu batu tu. Cuba la!

Kek batik lagi!

Buat malam tadi, saje nak abiskan biskut meri yg ada. Sikit je pun buat. Dpt 1 bekas kecik jer..

This time masuk nestum sket..

Ni ha rupanya yg dah dipotong...



Bawah ni gambar kek batik yg dikeluarkan dari bekas utk dipotong (pandangan atas).. Yg nampak bijik2 kecik tu kacang n bijan la...

Letak atas papan supaya senang potong!


Oh ya, ada tambah serbuk koko dlm 2 sudu n telur sebijik..

Zukhruf bawak gi sekolah pagi tadi... Nak makan ngan kawan2 dia la kot..

New breastfeeding icon

Jalan2 (blogwalking) terjumpa bf logo ni.. Comel sgt "dolly" ni.. Imej muslimah gitu!

Credit to momma mia (http://alinalan.blogspot.com) yg telah menempah logo ini drp wansteddy (http://wansteddy.blogspot.com atau http://wansteddystudio.blogspot.com) khusus utk peserta giveaway beliau dan semua ibu yg bf!!

Sape2 pun boleh amik badge ni.. Silalah ambil!

Utk anda yg tengah pregnant n berhasrat utk bf, ataupun mereka yg akan kawin/ baru kawin pun boleh amik, sebagai motivasi dan inspirasi utk bf baby nanti... insya-Allah..

Ini pula breastfeeding poster..


Menguruskan CD di kampung

Tiap2 kali balik kampung saya mmg akan bawa balik CD (cloth diaper).. Selalunya dlm 10 keping gitu la.. Masuk dlm beg balik kampung jer, sekali dgn baju2 auliya.. Kiranya 1 beg tu pakaian n CD auliya jer la.. Selalu saya tak bawa balik pakaian saya, sbb dah ada yg mmg tinggal kat rumah..

Kalau korang ada diaper bag khusus utk letak CD lagi bagus! Mungkin boleh bawa wetbag n laundry net sekali bila balik kampung..

Semasa di kampung (di rumah parents) saya mmg menggunakan CD utk auliya.. Begitu juga di rumah mertua..

CD kotor/ CD yg dah digunakan selalunya saya akan terus bilas (buang kotoran), letak dlm baldi kering ataupun terus basuh.. Ataupun ada jgk rasa nak rendam SEKEJAP (dgn sedikit sabun) n terus bilas hingga bersih. Yg penting mesti bilas dgn bersih, dgn kadar air yg berpatutan!

Selalunya takde la nak kumpul byk2 mcm dekat rumah sendiri (2-3 hari sekali basuh), sbb CD yg dibawa balik pun tak byk... Paling byk, bila dah guna sampai 3-4 keping tu harus kena basuh la..

Alaaa... bukan susah pun nak handle CD ni.. Celup2 dlm air dgn sedikit sabun n bilas sekejap jer dlm bilik air..

Kalau di kampung saya mmg akan basuh tangan (hand wash) CD-CD tu, sbb tak simpan lama lps pakai.. Takkan 2-3 keping CD nak basuh ngan mesin basuh? Tak praktikal.

CD yg dibasuh tangan boleh aje diperah, tp jgn perah (pulas) kuat sgt terutama di bhg elastik CD tu.. Kang nanti jadi kendur plak getah dia.. Sy ramas2 jer CD tu sebelum dijemur..

Selalunya saya perlukan 2 baldi utk uruskan CD-CD ni, utk letak CD kotor n ketika basuh nak bilas tu senang sket ada 2 baldi...

Seterusnya CD yg dibasuh terus dijemur. Lagi baik kalau dapat direct sun, lagi cepat kering!

Pastikan bahagian inner di sebelah atas..

Penyidai kain TokMi ni boleh ditolak masuk jika hari hujan.. Nak jemur toto/ cadar (yg berat) kat sini pun boleh!

Ada jugak jemur CD di sini, pakai penyidai kain yg dah tak digunakan lagi ni.. huhu.. Tgk tu, dah senget-benget penyidai kain tu.. Tp takpe, still berguna utk jemur CD time saya balik.. hehe..

Kebaikannya, penyidai ni boleh ditarik dan ditolak ke mana2 tempat yg panas, supaya CD cepat kering! Bila malam, boleh tolak ke bawah garaj kalau ada CD yg belum kering..

Kalau ala-ala kehabisan insert (insert kan lambat sket kering berbanding CD), ada gak saya keringkan insert yg lembap tu dgn dryer (mesin pengering).. Kira tumpang sekaki dgn pakaian lain yg nak dikeringkan.. hehe.. (mmg tak digalakkan pakai dryer, esp utk pocket pant.. Tp kalau nak guna jgk, jgn lama sgt n pada suhu sederhana jer).

Oh ya, ada gak kalau rasa mcm CD (inner CD) kering lagi tp insert dah basah, saya tukar insert jer... huhu.. Utk siang hari ok la, utk pakai 2-3 jam lagi, cthnya dah dekat time mandi ptg..

Hmm... Saya rasa jika mahu berCD di kampung lebih praktikal jika kita menggunakan sistem all-in-two (AI2) ataupun diaper cover dgn soaker/ insert yg sesuai... Ini bermakna kita tidak perlu bawa balik banyak diaper cover (bhg luar lampin), sbb boleh guna semula berulang kali..

Tapi nak buat mcmana, semua CD saya jenis poket... Grobaby yg ada 1 tu pun 1 jer soakernya.. Terfikir gak nak guna shell (cover) grobaby tu dgn soaker lain. Ataupun pocket pant CD tu boleh ajer dijadikan diaper cover. Kan?

Ermm.. Rasa nak amik kain lampin budak2 ni dulu n modify buat soaker... Ok tak? Tgk la nanti.. Ataupun kena dapatkan insert bamboo lagi?

p/s: Seronok jugak sekali-sekala basuh tgn CD ni.. Mcm org dulu2 basuh kain lampin anak n sidai di ampaian byk2.. hehe.. Rumah kat kampung boleh la buat cam ni..

Wednesday, September 22, 2010

CD dan raya

Tetap berCD (menggunakan cloth diaper - si lampin kain moden) walaupun balik kampung utk beraya! Beg balik kampung penuh dgn CD jer.. huhu..

Bwk balik dlm 10 pcs CD dan berapa belas insert kira cukup la selama berada di kampung..

tido siang ni (memakai lunatots printed velcro)

pakai skirt dan CD tidak perlu memakai seluar dalam! hehe.. CD mesti matching dgn skirt..

Coolababy bamboo charcoal warna jasmine green.. inner dia warna kelabu, drp material bamboo charcoal

yg ni dpt free (gift) dari suplier.. thank you! hehe..

yg ni QQbaby plain snap button.. CD ni ada dlm stash auliya sejak dari bulan 2 aritu lagi.. antara CD yg tahan lasak n hampir tak pernah bocor! Oh ya, CD ni inner dia dr material suede, makin lama dipakai makin lembut!!

in QQbaby minky bamboo corak pink leopard, di rumah tok Tal 7..

in rumparooz G2, di rumah tokmi. Pakai dgn insert lain sbb insert dia belum prewash... Sayang plak nak guna.. Boleh gitu?

sedang makan biskut choc chip raya.. huhu..

in Grobaby, juga sedang mkn biskut choc chip sampai 'purah' kat pipi.. hehe.. chekmek ni suka biskut ni... Sedap! (resepi fith)

pandangan belakang..

yg ni minky cd yg ada leakguard corak moo cow

Dyana CD, pun dah lama pakai sejak bulan 3 aritu lagi. Ni pun CD yg tahan lasak.. 6 bulan pakai tp CD ni masih 'tak jejas'... Selalu pakai utk tido malam.

Bangun pagi dgn senyuman.. hehe.. Nak gi mandi ni. CD pakai dari mlm tadi, 12 mlm sampai 9 pagi.. huhu.. tak bocor!

Comel tak CD saya? CD ni baru nak cuba try test. Pakai dgn insert lain..

Ni pun pakai lunatots (lagi).. Tunggu abang balik dari sekolah..

CD menyumbang kepada alam sekitar yg lebih baik! Saya nak jadi duta support green boleh?!!

p/s: kebanyakan gambar diambil selepas mandi ataupun selepas salin/ tukar CD.. penat nak kejar dia nak snap gambar.. haha.. Gambar2 lain lagi ada dlm FB saya..

p/s: CD lain yg dibawak balik tp tiada dlm gambar di atas: Autumnz, mommyandbebe, QQbaby minky..

Tuesday, September 21, 2010

Kek batik ala kaklong

Ni pula kek batik, juga dibuat 2 hari lps..

Alas dgn platik dlm loyang tu supaya senang nak kuarkan n potong.. Tarik ajer plastik tu!

tekstur kek batik setelah ditekan hingga padat

Actually ni kali ke-2 buat kek batik lps raya ni.. Yg buat sblm tu sekejap jer abis.. hehe..

Kek batik yg buat (spt gambar) rasanya mmg sedap la... Ida bwk gi sekolah semlm cikgu2 cakap sedap n pakat nak mintak resepi tu maknanya aku tak syok sendiri la... muahahaha....

Sebenarnya saya dah try mcm2 resepi n suka modify sendiri..

Seingat saya, kek batik ni umi saya buat masa zaman kami kecik2 dulu lagi tp masa tu nama dia biskut swap... Taktau la knape nama dia camtu.. Masa tu jiran2 kami dekat kampung huda pun pakat buat (masa tu duk kg. huda) ..

Resepi asal kek batik yg umi buat masa tu 1 tin susu pekat yg kecik (tin rendah), 1 tin milo yg kecik, 1 bar butter n biskut meri.. Takde buh telur ke apa.. Original recipe dia mmg takde letak telur.. Lps tu umi modify tambah kacang n bijan..

Resepi yg saya buat skg pun mesti letak kacang n bijan... Memang sedap!

Kalau anda tengok resepi kek batik (byk jer kalau google), ada yg letak telur, ada yg tak letak telur.. Ada pakai butter, ada pakai majerin / minyak masak (saya dah try semua, butter, majerin, minyak masak).

Ada resepi suh masuk air 1 cawan n ada gak takyah masuk air.. Selama saya buat kek batik ni tak pernah lagi tambah air.

Dan ada gak org campur serbuk koko/ coklat n ada yg pakai milo jer.. Terpulang! Yg dlm gambar kat atas tu sy letak gak serbuk coklat dlm 2-3 sudu..

Ada gak resepi yg buh nestum n ada yg tak buh nestum.. Ikut suka la!

Saya punya resepi pun ikut suka.. Actually sampai skg takde exact resepi, brp sukatan semua bahan tu.. So, susah la nak cakap kalau org tanya resepi.. huhu..

Kalau rasa nak letak telur, letak la 1 atau 2 biji.. Kalau rasa taknak letak, takyah! Cuma kacang n bijan mesti letak (kalau ada). Nestum pun kalau rasa nak letak, letak. Kalau letak nestum mesti jadi lembut tekstur kek batik tu..

Begitu juga kalau letak telur, rasanya jadi lembut sket... So, kalau nak yg lebih crunchy/ rangup takyah letak telur... Kalau tak letak telur jadilah biskut batik, kalau letak telur plak jadi kek batik.. Tu jer bezanya...

Ermmm... saya pun byk belajar dari pengalaman yg tak seberapa ni... hehe..

Tapi basically resepi kek batik ni 1 cawan butter, 1 cawan milo n 1 cawan susu pekat serta biskut meri... Semuanya bagi sebati... Mula2 cairkan butter dulu.. Tp ada gak org masukkan butter kemudian (lps campuran susu n milo sebati)..

Mcm saya, saya masak dlm kuali jer.. Kacau semua bg sebati, pekat n nampak berkilat.. Then tutup api, masukkan biskut meri yg dipatah dua ke dlm adunan milo dlm kuali tu! Kacau bagi sebati, biar semua biskut bersalut dgn milo.

Sukatan biskut tu pandai2 la.. Sy pun taktau nak cakap, nak kata 1 paket tu lebih kurang la, tgk paket besar mana.. Ada biskut meri 1 paket 350 gram, 450g/ 500g n ada yg 900 gram dlm paket besar!

Kalau byk sgt biskut nanti tak melekat elok plak dgn adunan milo tu.. So, pandai2 la agak..

Lepas tu, amik semua adunan tu letak dalam loyang/ bekas yg dialas dgn plastik n tekan2 biskut tu bagi padat elok. Lps tu letak dlm peti ais lebih kurang 1-2 jam.. Tu jer dan sedia utk dimakan!

p/s: kek batik ni dah pun abis dimakan ketika entry ni ditulis!

Kek coklat kukus

Buat lepas raya sbb tak sempat nak buat sebelum raya.. Buat utk makan2 sendiri jer!

Aritu sblm raya buat kek sponge jer, sbb ramai nak makan kek sponge. Kek sponge tu nama lain dia kek gula hangus/ kek sarang lebah!

Nak buat kek coklat dekat raya aritu dah ada org bagi sebijik kek coklat dlm kotak lagi! So, takut byk2 plak susah nak simpan..

Ni adalah kek coklat kukus yg buat 2 hari lepas.. Try resepi lain plak dari yg biasa buat sebelum ni..

Saje rajin nak buat topping utk kek coklat ni n kat atas tu tabur choc rice.. Love warna merah tu Fatin adikku yg letak.. huhu..


Ok gak tekstur kek ni.. Bagi saya sedap la jgk!

Kata umi, umi lagi suka kek coklat yg bakar dlm oven! Tp bg saya dah ok sgt la yg kukus mcm yg nie (sbb sendiri buat, sendiri cakap ok la!).. hehe..

Actually sejak bertahun2 kami buat kek coklat bakar, cuma setahun dua ni jer buat kek coklat kukus... Saje nak try yg kukus plak sbb skg ni cam ramai buat style kukus..

Resepi kek coklat kukus yg selalu buat sebelum ni mmg senang yg amat.. cepat pun cepat! Takyah pakai mixer pun. Yg tu pun sedap, ada mcm brownies dari segi rupa dan rasa.. Pendapat saya yg tak berapa expert ttg cake ni la.. hehe..