Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramadhan
Selamat berpuasa, terutama kepada ibu2 yg menyusukan anak. Semoga Allah bantu kita utk menjalani ibadah puasa ini........
Friday, August 6, 2010
Happy breastfeeding!!
Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin rakamkan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada ummi saya kerana memberikan kami 7 beradik susu ibu sepenuhnya sehingga kami 2 tahun........ Hanya Allah yg dapat membalasnya...............
Kala ini barulah ku mengerti NILAI SETITIS SUSU IBU.....
Kepada semua ibu, marilah kita menyusui anak2 kita....
Wednesday, August 4, 2010
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia
World Breastfeeding Week
dari 1 hingga 7 Ogos 2010..
Kad ini daripada mar (duniasusuibu.com) utk anda semua, bf moms!!
credit to duniasusuibu.com
Sama-sama kita mempromosikan susu ibu. Tiada yg lebih baik darinya...
Friday, July 30, 2010
Bouncy Baby Cloth Diapers & Wet Bags Giveaway by Mummy's Reviews
Another giveaway by Mummys' Reviews
Giveaway #11: Bouncy Baby One Size Cloth Diapers & Wet Bags
For further information just click here
Sunday, July 25, 2010
Family Day JUPEM 2010
Tahukah anda apa itu JUPEM? Mesti ramai tak tahu kan.. JUPEM tu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.. huhu..
Weekend lps, JUPEM Kota Bharu iaitu tempat abah saya bekerja telah mengadakan Family Day atau bahasa Melayunya Hari Keluarga di Pantai Sri Tujuh, Kelantan.
Mereka telah bermalam satu mlm di chalet dekat pandai tu (ada juga yg tak bermalam tp dtg pada siang harinya)... Katanya hampir 2000 org yg menyertainya. Mereka telah mengadakan mcm2 aktiviti n ada kenduri 2 ekor lembu lagi..
So yg pergi: TokBah, Tokmi, Ida, Amir dan juga anakanda saya, Zukhruf.. Kata Zukhruf dlm tepon, seronok sgt umi.. huhu..
Ni gambar2 dari FB Ida adekku..
Agaknya ni baru sampai/ lps check-in kot..
Abang @ Zukhruf
Tuan Haji Tokbah
Puan Hajjah Tokmi
Cantik gak tempat dia.. (sila abaikan model itu.. hihi)
Cikda n zukhruf
Amir @ Ayahsu
Zukhruf masuk pertandingan mewarna tp tak sempat siap pun sbb duk bersembang dgn kawan dia.. haha.. tapi semua dpt hadiah saguhati... Ada gak zukhruf masuk aktiviti berebut gula2. Biasa la.. mesti ada aktiviti tu utk budak2.. Kata zukhruf, abg dapat tak banyak tak sikit (gula2)... Huhu..
Sebenarnya saya pun dah lama sgt tak jejakkan kaki ke Pantai Sri Tujuh, walaupun sbg ore kelate.. hehe... Ntah la bila last gi.. Mungkin 20 thn yg lalu... Sbb kata mereka, family day JUPEM dulu2 pernah buat kat situ 20 tahun yg lalu... Rasa mcm still ingat.. Aku masih budak2 masa tu... huhu..
Friday, July 23, 2010
Selamat tinggal background lama!!
2-3 hari lepas tiba2 ada terpampang notis ini dekat bhg atas blog ni... Huhu.. Tak sangka jugak blh jadi mcm ni... Rasanya pun mmg dah lama sgt pakai background ni...

Sebagai kenangan sempat print screen (sebelum benar2 hilang pada hari ni, 23 Julai)...
Terima kasih daun keladi the cutest blog on the block (TCBOTB)...
Nampaknya kena cari background lain la ni ataupun terus tukar template baru.. Tgk la mcmana nanti... Mgkin kena byk try n error utk jumpa yg betul2 ok...
Apa yg saya mahukan dalam hidup ini???
hehehe....
Takde kaitan dgn entry sebelum ni pun...
Baiklah, apa yg saya mahukan dalam hidup ini? (tak kira la utk jangka masa pendek/ panjang, yg penting sebelum saya mati sy akan cuba capai)..........
yg pertama, nombor satu:
Mencapai kehidupan yg selesa ataupun boleh dikatakan "financial freedom"... dgn kepercayaan bahawa DUNIA berada di bawah tapak kaki org beriman... dan org yg beriman dan bertaqwa pasti kaya!!!
kedua:
Saya mahu membesarkan anak2 dlm keadaan dan suasana yg sebaik mungkin.. Saya mahu berikan mereka segalanya yg terbaik... pendidikan mereka adalah keutamaan saya, tidak boleh tidak!!
no. 3
Membalas segala jasa dan pengorbanan kedua2 ibu bapa saya, walaupun sebenarnya tak terbalas tp saya akan usahakan supaya mereka PUAS DGN HIDUP NI.. Paling tidak, doa seorg anak yg tidak pernah jemu utk kedua2 ibu bapanya... mungkin itu hadiah paling besar utk mereka.. tapi dekat dunia ni lagi saya nak mereka kecapi kehidupan tanpa sempadan (muahaha)... insya-Allah.. tidak lupa juga adik2 saya...
no. 4
Mahu siapkan beberapa buku tulisan saya... Ya, saya berazam utk tulis semua yg saya dapat/ apa yg saya tahu... Rasa mcm satu amanah dan tanggungjawab pula utk berkongsi ilmu dan persepsi serta menyampaikan buah fikiran.. (suami adalah sumber ilmu dan rujukan utama saya). Adalah sgt rugi sekiranya tak dpt bukukan segala ilmu.. Paling tidak utk anak cucu sendiri. Ini juga sebagai menyahut seruan Ayah Long supaya menulis buku utk keturunan, spt yg dinyatakan beliau dlm "KHAZANAH MALAYA".
no. 5
Mempunyai perniagaan saya sendiri dan juga perniagaan utk keluarga kami. insya-Allah..
no. 6
Mahu tubuhkan satu badan amal atau yayasan saya/ keluarga kami sendiri... (nak buat yayasan paling tidak kena ada 1 juta.. huhu)... apapun insya-Allah. Semoga dgn niat utk membantu org ramai, saudara seislam, Allah akan makbulkan...
no. 7
Mahukan ketenangan yg hakiki lagi abadi (semestinya)...
Ada lagi.... tapi simpan dlm hati dulu la... Yg penting tu je la impian dan harapan saya buat masa ni........
p/s: Sila jgn gelakkan saya..... Sesiapa pun berhak punya impian dan harapan sebesar gunung dan setinggi langit... huhu..
Tuesday, July 20, 2010
Apa lagi yg saya mahukan dalam hidup ini?
Ohhhhh banyak.............
Banyak jer yg saya mahukan dlm hidup ni.... Lagipun hidup hanya sekali kan??!!
Dari satu sudut, mmg banyak lagi yg saya belum ada dan belum dapat...
Namun begitu, dari satu sudut yg lain banyak 'benda' yg saya ada/ dah ada....
Itu harus difikirkan dan banyak2 perlu disyukuri...
Saya masih punya ibu bapa (yg agak selesa kedudukan mereka, alhamdulillah)...
punya adik2 yg boleh 'in' dgn saya.. yg menyayangi saya (saya rasa la.. hehe)..
Saya patut bersyukur kerana 3 org dari mereka juga sudah bekerja... Ya, saya sgt syukur!
Saya sudah ada suami dan 2 org anak.... Ya, mmg saya syukur!! Sesungguhnya anak2 adalah anugerah ALLAH yg terindah dlm hidup saya, mereka menyempurnakan hidup saya...
Manakala suami pula (walaupun kadangkala begitu menguji) tetapi tiada perkataan lagi utk menggambarkan betapa pentingnya beliau dlm hidup saya..
Beliau telah mengajar saya banyak perkara tentang SANG PENCIPTA saya, yg sebenarnya terlalu dekat dgn saya... Beliau telah membawa saya kembali kepada Pencipta saya, pencipta yg telah menciptakan saya daripada "tiada" kepada "ada".......
Terlalu banyak perspektif hidup saya yg telah berubah... Yg penting, saya makin kenal hakikat hidup... Itulah pencapaian paling besar saya di usia saya ini...
Justeru, saya juga punya semangat yg kuat utk hidup... Saya punya cita2 yg besar utk berjaya dalam hidup... Itu paling penting!!
Dari sudut material, mmg ada yg saya mahukan... Insya-Allah moga tercapai segala hajat dan impian saya.... Semoga sebelum mata ini tertutup akan ada sesuatu yg akan saya tinggalkan untuk anak bangsa saya.......
Saya percaya, selagi mana saya duduk dlm harapan bersandarkan pada JANJI TUHAN, saya tidak akan kecewa!! Sesungguhnya JANJI TUHAN adalah pasti...
Kerana-NYA saya hidup, kepada-NYA saya kembali.......
p/s: Suami saya takde la manusia paling pelik dlm dunia ni.. Usah ditanya apa, kenapa dan mengapa... haha... Pendek kata, seorg insan yg hidup berpaksikan Tuhan, berjunjungkan Quran... mencari cinta paling agung lebih dari segalanya...
Wednesday, July 14, 2010
Happy birthday to me...
Dengan doa dan harapan agar dgn meningkatnya usia ini saya akan lebih kuat dan tabah harungi hidup ini....
Semoga makin bertambah kecintaan pada Yang Maha Kuasa.... insya-Allah...
Syukur atas segala nikmat dan rahmat-Nya selama saya hidup di dunia ini... huhu.. Sungguh tak terhitung segala nikmat-Mu TUHAN...
Pssttt... Bertambah setahun lagi umur... Ni thn terakhir ada angka "2" kat depan umur.. Tahun depan dah kena join 3 series club.. huhu.. Tp kalau ikut tahun hijrah mmg dah lama masuk 3 series club..
p/s: Terima kasih kepada semua yg wish dalam Facebook... really appreciate... Saya pun doakan yg terbaik utk kawan2 semua..



