Thursday, March 31, 2011

Blog jualan


Dipersilakan ke blogshop baru saya...

QT Alami Shop

http://qt-alami.blogspot.com/


Blog tu masih dlm pembinaan, ada lagi belum siap. Slow2 la kan... Kalau nak order, blh je kontek saya...

Justeru, blog http://happy-clothdiapering.blogspot.com khusus utk info CD sahaja. Insya-Allah saya akan cuba kerap update/ kemaskini dgn segala info CD.. :)

Monday, March 21, 2011

Masih lagi berkaitan isu BPA

Isu BPA baru-baru ini agak mengejutkan banyak pihak. Ramai yg terus memeriksa botol susu bayi dan membuat operasi membuang botol susu secara besar-besaran.. huhu... Lantas begitu ramai yg menyerbu pasaraya utk mendapatkan botol susu BPA-free utk anak2.. Itu la, bila kerajaan umum baru nak take action semua!

Alhamdulillah, saya antara org2 yg terselamat dlm isu kandungan BPA dlm botol susu bayi. Bukan nak bangga dan riak tapi syukur sangat anak sy menyusu secara terus (direct feeding) dan taknak botol. Walaupun bagi susu yg diperah (EBM) dalam botol dia taknak, di-rejectnya!!

Penah bagi EBM dlm botol dulu masa nipple melecet.. mmg dia langsung taknak! menangis2 taknak n sanggup berlapar!

Lepas bersalin dulu dapat banyak botol susu... Hampir semua tak digunakan pun. Anak saya buat main jer....

Saya mula tahu berkenaan BPA dlm botol susu ni dari blog2 orang la... Ramai yg bercakap mengenai botol BPA free... itu yg tahu ada botol ber-BPA dan BPA free tu...

Berkenaan langkah kerajaan utk mengharamkan botol susu BPA tu saya rasa begitu lama masa setahun tu.... Dah la masa yg diambil oleh kerajaan utk kaji pun lama.. Bila byk negara haram kita baru nak masuk kabinet utk haramkan...

Status saya di Facebook baru2 ini...

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.. tapi kenapa kena tunggu setahun lagi utk haramkan sepenuhnya BPA dlm pembuatan botol susu bayi???"

--> lepas tu baru tau minda pengarang 16/3 pun ada cakap pasal slogan kerajaan tu.. huhu..

sub-komen sy,

tahniah kpd kerajaan malaysia, khususnya kementerian kesihatan kerana mengambil langkah mengkaji dan mengharamkan BPA. tetapi kenapa mesti sethn lagi kalau betul2 bahaya kpd bayi dan negara lain pun dah byk haramkannya???sy berfikir atas dasar RASIONAL DAN LOGIK.

dalam masa sethn tu sudah tentu berapa ribu botol BPA yg dikeluarkan oleh kilang, brp ribu juga yg terjual, brp ribu yg digunakan oleh bayi.... spt yg kita tahu, tak semua org mendapat maklumat ttg isu ini.. sedangkan rokok yg ada amaran membahayakan kesihatan (+ gambar2 menakutkan) pun org duk beli... ini pula botol susu yg takde amaran BPA dan hampir smua bayi di dunia menggunakannya....


ada yg cakap:

kita mesti tgk isu ini secara global.secara makro.klu haram serta merta,what will happen to the manufacturer tu?how bout the business?kerajaan kena berlaku adil kpd semua pihak,jgn nnt buat keputusan utk tujuan baik tp oleh sbb perancangan ...tak betul dan tergesa2,jadi havoc pula.psl keselamatan baby,parents always have choices samada nk bg bpa free or bpa bottle to their children,kan.klu rasa2 dh x blh tgu til next year nak kasi anak bpa free bottle,skrg pun blh ban bpa bottle.it's all ur money u r talking about kan!!sorry,saya cuba utk berfikir logik di sini!!maaf klu terasa. Btw,ministry of health dah kuar statement utk jwb pertanyaan ni di paper dan oso di parlimen last monday!!

jawapan saya,

terima kasih atas pendapat. bukan nak suruh haram serta merta.. tapi setahun tu lama.. mcm bagi muka dekat manufacturer pulak.. sedangkan tgk boleh jer mcm anakku, pureen, baby kiko and jenama2 biasa dekat supermarket tu keluarkan botol yg BPA free. maknanya BOLEH dan manufacturer ADA PILIHAN.. lain la di luar kemampuan, kalau nak keluarkan botol BPA free memerlukan teknologi yg sangat tinggi...

kita golongan yg terdedah dgn media dan internet takpe la.. BERDUIT pulak tu... nak beli yg BPA free yg dijual online atau dr luar negara terus pun boleh... pasaraya dekat KL ni pun banyak yg jual BPA free botol. kalau dekat kampung/ luar bandar mcmana? kalau kedai kecik2/ mini market dkat kampung rasanya takde jual yg BPA free.. ini pendapat 20 sen saya la..... sy pun mintak maaf sbb emosi. org yg keje kerajaan lagi tahu... saya tak kerja, mgkin byk yg sy taktahu.....

mcm yg sy cakap sblm ni saya antara org yg selamat sbb tak guna botol (sorry to say, bkn nak riak). ank sy 24/7 direct feeding sampai skg.. tp saya cuba berfikir bg pihak lain yg lebih ramai. tambahan pula KESEDARAN TENTANG MENYUSUKAN ANAK BELUM MEMUASKAN di kalangan masyarakat kita... masih banyak perkara yg MITOS ttg susu ibu...

Ini juga post saya di FB:

"Selepas isu kandungan BPA dlm botol susu diharap lebih ramai yg sedar akan bahaya dioxin, sodium polyacrylate dan trybutil-tin (TBT) dlm lampin pakai buang.. apakah kena tunggu kerajaan umum bahaya baru kita nak bertindak???"

Terima kasih kepada yg berkongsi pendapat dgn saya...

Ni antara botol susu yg dapat lps bersalin dulu. Ada sikit yg beli.. Tgk2 semua no. 7 dan tulis PC. Mmg contains BPA la.... Auliya buat main jer.. Dia main buka tutup buh mainan kecik2 dlm botol tu.. huhu.. Biar la dia main, drp buang cam tu jer...


Yg ni BPA-free. Baby Kiko. Beli utk auliya minum..



Mmg botol yg bebas BPA lebih berkabut (tak crystal clear) dan lebih lembik plastiknya.. Janji selamat...

Skg ni ramai juga yg nak beralih ke botol kaca mcm brand Weego tu. Saya pun tak tahu sgt pasal botol2 kaca ni. Tapi tgk cantik2 jugak... Lps tu baru tau botol stainless steel pun ada, brand Organic Kidz.. mahal!!

Berkenaan isu BPA boleh baca lebih lanjut di blog Rozy

http://arryrozy.blogspot.com/2011/03/alkisah-botol-bp.html

ataupun tulisan Nora Herni di Facebook,

Botol BPA: Tip Mudah Mengenal Pastinya

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_116420655101839&ap=1#!/notes/nora-herni-abdul-rahim/botol-bpa-tip-mudah-mengenal-pastinya/10150127544662486


Kalau google byk lagi blog yg mengulas perihal isu BPA ni... :)



Saturday, March 19, 2011

Haramkan segera BPA

dari suratkhabar:

http://www.bharian.com.my/articles/Kenapatunggu2012harambotolsusupolikarbonat/Article

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Minda Pengarang: Kementerian patut segerakan pengharaman botol susu polikarbonat (Berita Harian 16/3/2011)

PASTINYA ramai yang tertanya-tanya mengapa Kementerian Kesihatan harus menunggu sehingga 2012 untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA), sekiranya ia didapati berbahaya.

Apabila diketahui kesan buruk BPA terhadap sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak, maka apa yang perlu dilakukan Kementerian Kesihatan ialah mengharamkannya terus, bukan saja penjualannya malah penggunaannya dengan serta-merta. Jika botol susu jenis itu masih dibenarkan dijual di pasaran, bermakna kita seolah-olah membiarkan BPA terus mengancam kesihatan bayi dan kanak-kanak yang masih menggunakannya.

Apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan botol susu polikarbonat mengandungi BPA dan membahayakan kesihatan si kecil kelmarin, ibu bapa khususnya yang menggunakan botol berkenaan pasti berasa bimbang. Tetapi apabila pengharamannya hanya berkuat kuasa pada 2012, kini mereka bukan saja bimbang, sebaliknya keliru dengan tindakan kementerian kerana jika penggunaannya dikatakan berbahaya, kenapa pengharamannya perlu ditangguhkan?

Kementerian sepatutnya bertegas dalam soal ini kerana kita tidak mahu rakyat membuat andaian bahawa kerajaan lebih mengutamakan kepentingan komuniti perniagaan – pengilang, pengedar dan peruncit, sebaliknya memperjudikan keselamatan pengguna. Risiko perniagaan tidak boleh disamakan dengan nilai serta kebahagiaan rakyat apabila kesihatan mereka terancam, apatah lagi bayi yang tidak berdosa.

Walaupun tempoh pengharaman itu diputuskan Kabinet minggu lalu, tetapi Kementerian Kesihatan boleh memberi rasional terbaik kenapa botol susu berkenaan perlu diharamkan serta-merta di pasaran. Kita juga tidak mahu rakyat mempersoalkan langkah Kementerian Kesihatan kerana ia tidak selari dengan slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan Perdana Menteri.

Justeru, keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat seperti ini dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan yang sedang giat merealisasikan slogan berkenaan. Bukti saintifik mengenai kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak ternyata serius.

Gangguan terhadap sistem hormon dan tubuh badan bayi dan kanak-kanak bukan isu kecil dan tidak boleh dikompromi kerana pada peringkat awal usia, sistem ketahanan badan masih lemah. Ibu hamil yang terdedah kepada BPA juga dikhuatiri melahirkan bayi cacat atau terencat tumbesarannya. Ibu bapa yang mempunyai anak tidak sihat juga bakal berdepan beban kewangan, selain emosi.

Ketika rakyat perlu menerima hakikat kos sara hidup yang terus meningkat, ketegasan kementerian mengharamkan botol susu polikarbonat mampu mengurangkan risiko ibu bapa menanggung beban berkenaan. Kementerian juga wajar memberi panduan membeli bukan saja botol susu yang selamat, malah memeriksa status bahan pelbagai jenis bekas minuman dan botol air lain yang dilambakkan di pasaran sekarang. Kanada dan negara anggota Kesatuan Eropah mengharamkan botol polikarbonat pada 12 September 2010 dan kepekaan kerajaan kita menyusul tindakan itu tetap dihargai tetapi bukan menunggu sehingga 2012.

Jangan tunggu sehingga ada bayi atau kanak-kanak terkorban atau mengalami kecacatan akibat penggunaan botol mengandungi bahan BPA ini baru Kementerian Kesihatan mahu bertindak drastik mengharamkan penjualan dan penggunanya kerana ketika itu tindakan kita sudah terlambat dan sia-sia. Oleh itu, walau apa juga alasan kementerian kita harap keputusan itu harus dikaji semula demi keselamatan rakyat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Kementerianpatutsegerakanpengharamanbotolsusupolikarbonat/Article

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

1. Nombor 7
2. Nombor 7 dan PC
3. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


sumber: http://moh.gov.my/v/pandu_Poli

Kerajaan haramkan botol susu BPA


14/3/2011, Berita Harian

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaanharamkanbotolsusubayipolikarbonat_BisphenolA_/Article/index_html


Friday, March 18, 2011

Yang bernama haiwan

















Lawatan ke Zoo Negara

Alkisah adik saya Amir n Wani dtg ke rumah kami kerana umi abah saya pergi ke Bintulu-Brunei pada hari Sabtu lps (tak bwk 2 org tu).. Hanya adik saya Ida jer yg ikut sama.

Dari Bintulu, mereka ke Brunei dgn adik saya yg berada di Bintulu beserta suaminya.. Katanya 2-3 hari jugak dekat Brunei. Mereka menginap di rumah kawan umi/ abah saya di sana sambil jalan2 makan angin...

Jadi pada hari Ahad lepas, kami telah pergi ke Zoo Negara... Adik saya Amir n Wani la nak sangat pegi sbb dah lama tak pegi, pegi masa kecik2 dulu jer..









Ramai jugak org hari Ahad. Tiket masuk RM20 sorang. Budak sekolah rendah RM6. Bwh 3 tahun free... Kira ok la bwk anak2 jalan hari minggu/ cuti sekolah....

Umi abah dan adik2 saya dah selamat pulang pun hari Rabu (mlm)... Alhamdulillah semua selamat....


Tuesday, March 15, 2011

Contest Saat Indah Menyusukan

Sempena genap 2 tahun usia anak saya pada 9 Mac yg lalu dan 2 tahun saya menyusukannya dgn susu ibu sepenuhnya, justeru dgn penuh rasa rendah diri saya ingin menganjurkan satu contest simple.

Objektif 'contest' ini adalah utk berkongsi rasa dgn ibu2 yg menyusukan anak.. dan juga utk mempromosikan SUSU IBU sebagai SUSU TERBAIK.

Syarat-syarat:

1.Terbuka kpd semua ibu yg sedang atau masih menyusukan anak.

2. Sila "like" dekat page "QT Alami Shop"

http://www.facebook.com/pages/QT-Alami-Shop/137876446266148

2. Peserta dikehendaki sambung ayat di bawah ini. Postkan dekat wall QT Alami Shop

"Saat indah menyusukan permata hati saya adalah apabila............... " (tidak lebih dari 20 perkataan).

3. Pemenang akan dinilai berdasarkan nukilan terbaik yg dpt menarik perhatian juri.

4. Setiap peserta boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.

Itu saja.

Contest bermula dari 12 MAC 2011 hingga 20 MAC 2011.

Hadiahnya:

Tiga (3) nukilan terbaik akan menerima 1 set cloth diaper setiap seorang (tajaan QT Alami Shop).

PENYERTAAN ANDA SEMUA ADALAH DIALU-ALUKAN...

Biarpun hadiahnya tidak mewah, namun penyertaan anda itu LEBIH MAHAL dan amatlah dihargai...

TERIMA KASIH.


Selamat Hari Lahir anakku!!

Happy Belated Birthday

buat anakanda Auliya (9 Mac 2011)..

Semoga terus membesar dgn sihat, ceria dan bijaksana...

Cepat2 boleh cakap dgn jayanya.... huhu... Ummi sayang adik ngan abang....


Anak ini sudah 2 tahun usianya.... Betapa cepat masa berlalu....

Dgn genapnya 2 tahun usia Auliya bermakna genaplah juga 2 tahun perjalanan penyusuannya.

Alhamdulillah, dpt juga saya menyempurnakan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun utknya... Syukur kepada Allah SWT...

Kisah suka duka penyusuannya selama 2 tahun akan ditulis semula nanti. Insya-Allah, kalau ada masa dan kesempatan.....

Gambar wajah2 Auliya dari umur sehari ke 2 tahun ni pun kalau ada masa sy buat satu entry lain nanti... Ada juga mommies yg buat scrap book atau photobook, bagus jugak... hmmm.....

Monday, March 14, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011

Kami berkesempatan pegi pada hari Ahad (6 Mac) yg lepas. Tapi tak sempat pun tgk pertunjukan payung terjun, motosikal dan lain2 tu. Ruang pameran pun tak masuk sbb ramai orang n panas sgt masa tu (tgh hari)..

Zukhruf punya la excited nak pegi.. Sy sendiri pun tak penah gi Dataran Merdeka. Inilah kali pertama.. huhu...










Sunday, March 13, 2011

Mari beraktiviti!!

Sebenarnya aktiviti ni berlangsung 20 Februari lepas lagi.. huhu..
Punya la malas + tak sempat nak update blog.
Update la jgk utk tatapan n ingatan...


Mari kita mulakan!!


Sengaja tak pakai seluar, takut kotor.. huhu...



Conteng, jgn tak conteng... Semua dia buat sendiri...


Taraaaa.... Hasil seninya yg pertama di usia 1 thn 11 bulan...


Cop tangan auliya...


Ini pula tangan abang Zukhruf..


Sunday, March 6, 2011

Himpunan pelbagai petua menambahkan susu ibu

Ni saya copy dari group KIM di FB

Pemakanan

Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap

Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.

Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ ud...ang kering.

Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu

Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi

Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.

Kacang buncis

Kentang

Daging

Sayur Petola

Sup Ketam

Ulaman

Roti (segala jenis roti especially roti planta)

Cheese

Sup papaya

Buah Kurma

Kobis - masak air

Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau

Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak

Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.

Minuman

Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.

Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.

Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.

Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.

Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.

Amalkan minum milo/nestum/horlicks

Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina

Soya Organic- minum secawan sehari.

Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended

Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

NESVITA (campur oat)

Rebusan bunga kobis

air kelapa

Jus pegaga

spirulina

daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.

air sengkuang cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.


Supplement

Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.

GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.

Pil ASI

JOY ANGEL NURSING TEA -

+ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah kari huhuhu

Autumnz ORGANIC Nursing Tea

Sacred Tea for Nursing Moms

ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules

ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules

Melilea Greenfield Organic

Melilea Organic Soya Drink

Mildura Organic soybean powder

Bio-Protein

Certified Organic Spirulina

Minyak Habatussauda DCl

Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour

omega 3

obimim

kalsium

vitamin c

Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri

2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu

3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Pil hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*

2) Maxolon

3) Metoclopramide (boleh jadi depression)

4) Motilium

5) Raglan (boleh jadi depression)

p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)

2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.

3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi

4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.


Psikologi

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.

2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.

4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply


Masa pengepaman

1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali

2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga

3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru

4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.

5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat


Beberapa cara mengepam yang berkesan:

a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.

c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.


Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.


WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"


Tawakal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

Dari : Noor Alizawati Mat Jali

Bagaimana anak kita dibesarkan?

Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, ia belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan ketakutan, ia belajar gelisah

Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, ia belajar menyesali diri

Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar keadilan

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan

Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi dirinya

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan

(Dorothy Law)

* Saya tambah:

Jika anak dibesarkan dlm keadaan selalu dikritik/ dimarahi, dia belajar mengkritik dan akan memarahi kita semula dan jika anak selalu diugut, suatu masa dia pula yg akan mengugut kita... huhu..