Saturday, October 9, 2010

Auliya sekarang..

di usia 1 tahun 6 bulan (dah masuk 1 thn 7 bulan pun hari ni..)

- makin laju jalan (tp takleh lari lagi.. ala2 cam nak lari ada la..)
- dah pandai cuba nak lompat tp montot n perut je yg terangkat.. hikhik..
- makin mengerti bila kita cakap apa2.. cth: bila cakap mari mandi, dia pun nak bukak sendiri baju n terus menghala ke bilik air.
- dah faham arahan bila bagi arahan yg simple2.. cth: simpan mainan, letak baju tu dlm bakul, makan ni.. ataupun suruh dia amik apa2.. hehe.. dan faham bila kita cakap jangan! ataupun yek.. yek..
- bila tgk aku lipat kain baju dia, baru 2-3 helai pun terus angkat letak atas rak kain dia.. Kalau penuh tingkat tu, dia letak tingkat bawah plak.. clever, clever..
- mulut tak byk lagi cakap.. huhu.. tp dah boleh dah "ammey".. mula2 aritu cam "amma".. kehkeh.. boleh la tu..
- dpt memberikan respon dgn angguk/ geleng2 kepala.. taktau la angguk tu mmg betul2 nak n geleng tu taknak... haha..
- tgk aku pakai baju kurung terus gelisah dia n terus pegi amik tudung suh kite pakai..
- tgk air tumpah terus amik kain nak lap.. huhu.. cam cakap kat dia, "tgk ni, sape buat ni.. mana kain nak lap".. dia pun terkedek2 amik kain.. huhu.. ada sekali tu amik towel dia nak lap.. kehkeh.. sungguh menghiburkan telatah ini budak!
- kalau nak makan (bg apa2 makanan dlm pinggan dia), terus duduk n tadah tangan.. tekejut jgk tgk.. padahal tak ajar pun.. tgk2 dia buat sendiri.. ini la, mmg budak2 ni menyerap mcm sponge...
- masih sukakan binatang, esp kucing.. suka sgt!
- masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya (alhamdulillah)
- makan sikit je tapi badan dia nampak cam naik jgk skg..
- suka makanan yg keras mcm keropok, kerepek n kacang.. Stat raya hari tu la suka kacang, tak blh tgk kacang.. Sampai kena sorok, sbb risau la nak bg dia mkn kacang.. Kalau ayam (cam yg grg dgn tepung HPA), suka la dia..
- suka sgt "kubey" (selerakkan) baju dekat rak kain dia.. selalu amik baju yg raya aritu n suh pakaikan kat dia.. huhu..
- juga suka menconteng.. ada la papan plastik dgn pen (mainan) yg utk conteng2 tu.. dia suka conteng.. sblm ni kalau dpt pen aku abis conteng kena baju/ kaki dia.. huhu.. kalau time nak tulis apa2 (order org ke apa) tepaksa berebut pen dgn dia..
- manja.. tak boleh kuat sikit suara terus nangis (ingat marah dia)

hmm.. apa lagi yer? akan di-update lagi bila ingat yg lain..

Update perkembangan Auliya:

- dah pandai bukak zip.. huhu.. ada beg duit syiling aku tu dia dah pandai bukak!
- masih suka main "jual2".. suka amik plastik, letak mainan ke apa2 yg dia jumpa dlm plastik tu n duk bimbit la gi-mari..

Abang zukhruf kecik2 dulu pun apa kurangnya... a very fast learner, bijak n suka meneroka dunia.. Juga seorg yg manja, ceria lagi menghiburkan.. umi tak lupa... cuma masa tu umi takde lagi blog utk rekod semua perkembangan abg.. kehkeh..

Tapi umi still ingat dlm kepala n ada rekod balik sikit2 dlm blog ni perkembangan abang dulu, brp bulan meniarap, merangkak n jalan... Umi tetap akan ingat!

Dulu nak dpt internet susah, dekat rumah TokMi ada la... Masa abg lahir hampir 6 thn yg lalu, access internet pun sukar... ada yg talian tetap jer.. mahal pun mahal.. wireless belum ada lagi masa tu, bkn mcm skg..

Rindu sgt zaman abg kecik2 dulu.. Betapa cepat masa 'terbang', betapa cepat abg membesar.. huhu.. tuptup abang dah nak masuk darjah 1, tuptup lagi masuk sekolah menengah, masuk universiti.. kerja.. tuptuptup umi plak jadi nenek... aahhhhh.. betapa cepat masa berlalu n i know, i'm getting older..

Wahai masa, saksikanlah bahawa aku begitu menyayangi anak-anakku.. Mereka adalah anugerah tak terhingga daripada TUHAN YANG MAHA AGUNG... Mereka segalanya bagiku, tiada gantinya...

Friday, October 8, 2010

Mama_Balqis 2nd GiveAway

Tiba-tiba dtg mood nak join giveaway ni.. hehe.. Dah la last day hari ni.. Takpe, yg penting "coba".. Mana tau ada rezeki kan..

Giveaway ini dianjurkan oleh Mama Balqis sempena Sambutan Ulangtahun Kelahirannya yang ke-26.

UCAPAN saya semoga Mama Balqis panjang umur, murah rezeki dan dalam lindungan Allah SWT selalu.. Moga semuanya yg terbaik utk Mama Balqis.. Insya-Allah.

Untuk maklumat lanjut sila tgk di sini,
http://damiaqish.blogspot.com/2010/09/mamabalqis-2nd-giveaway.html

Tuesday, October 5, 2010

Niat dan hajat

Kini, antara niat, hajat dan cita-cita (terpendam) saya adalah mahu memperjuangkan breastfeeding di Malaysia... Ya, saya mahu bersama-sama dgn aktivis susu ibu utk menyebarkan kebaikan susu ibu kepada masyarakat dan membantu ibu2 yg mahu menyusukan bayi..

Satu niat yg murni bukan? Insya-Allah.. Jika Allah melorongkan saya kepada itu, suatu masa dan ketika nanti...

Saya percaya, tiada yg lebih baik dari susu ibu.. Susu ibu adalah umpama golden drop from heaven!!

Susu ibu baik utk ibu, baik utk bayi, baik utk ekonomi keluarga, baik utk alam sekitar dan baik utk semua!!!

Terfikir juga saya, susu ibu adalah sunnah dan fitrah dalam Islam.. Satu 'arahan' dari ALLAH SWT yg termaktub dalam Al-Quran... Sepatutnya kesedaran utk menyusukan anak ini begitu mendalam dlm masyarakat kita atau masyarakat Islam keseluruhannya... Tapi kenapa, org putih yg lebih dulu sedar dan beriya-iya mahu kembali kepada fitrah menyusukan anak???!!!

Sepatutnya kita org Islam yg leading (mendahului) bidang "breasfeeding" ini dari segi ilmu, kepakaran, sains dan teknologi... Bukan begitu?

Sesungguhnya fitrah menyusukan bayi itu terkandung pelbagai hikmah... ALLAH SWT lebih tahu kerana DIA yg menciptakan manusia... Ciptaan Tuhan manakan sama dgn ciptaan manusia!!

Di dalam susu ibu dan hikmah menyusukan anak juga terkandung pelbagai rahsia, pelbagai keajaiban sebagai TANDA KEBESARAN ALLAH SWT!!

Happy breastfeeding!!

p/s: Sy pun byk sgt lagi taktahu psl bf ni.. Cuma bg sy, susu formula hanyalah sebagai pilihan terakhir, bila sgt2 tiada pilihan lagi...

p/s: Kepada yg pegi SILC 2010, selamat menghadirkan diri!!

Sunday, October 3, 2010

Susuibu.com International Lactation Conference 2010


5 hingga 7 Oktober di Pullman Putrajaya

p/s: Nak sangat pegi tapi bayaran utk late registration USD330 tu.. Less pun 10% utk member susuibu.com.. Huhu.. Kalau ada org nak sponsor boleh la saya pegi.. Dengarnya diorg bagi bawak masuk baby bawah 1 tahun.. Ni auliya nak tinggal kat mana plak nanti?

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan raya SeRU Al-Hilal

Hari Isnin lepas...

Ape la CikDa.. tak betulkan dulu baju abg tu sblm amik gambar :)

ngan Tokmi dia (puan hajah PK HEM.. huhu)

Zukhruf nampak mcm budak besar, padahal baru kelas pra..

Cikgu Hidayah (CikDa) bergambar dgn makanan.. hehe.. Makanan selalu berlebihan la kalau jamuan cam ni.. Yg bwk kek pun ramai.. Main2 jer bwk 2 bijik kek secret recipe budak2 ni...

Belakang tu AyahSu, ntah pakai spec sape... Besar sungguh napok AyahSu, napok mcm budak Maahad yg sesat kat situ.. huhu.. (Sekolah Maahad Laki dekat jer ngn sekolah ni)..

Set baju raya biru bergambar bersama..

Set hijau plak bergambar...

Ini set kuning/ koko.. Ramai plak yg tiru tema kami thh ni, sampai tak muat pentas.. hehe..


p/s: Ingat dulu mmg seronok la jamuan apa pun kat sekolah ni.. Yer, saya telah mengajar di sini pada tahun 2006 sebelum berpindah ke KL.. Sayang sekolah ni!!

p/s: Gambar2 diambil dari FB Ida... Saya dah balik KL masa ni...

Open house kakyan

(noor ilyani), my schoolmate dulu.. Open house ni juga merangkap housewarming party, memandangkan beliau baru saja duduk di rumah barunya di Putra Majestic Condominium, Jln Ipoh..

Di sana, telah berjumpa dgn beberapa org rakan lagi...

Dari kiri: Zubay yg tgh pregnant, aku, Mc Syu n Kakyan (tuan rumah)

Gambar zubay ni la yg paling mahal... Ramai nak tgk dia pregnant... hehe...


Diorg cakap dlm FB, Hariz duk jeling kat Auliya... hehe..

Oh ya, sorang lagi yg sempat jumpa aritu Suta, takde plak gambar Suta... Suta pun tgh pregnant.. Comel anak Suta yg 1st, nama aishah hani.. Rambut keriting mcm buat!

And the makanans... Ada satay ngn nasi impit, roti jala dgn kuah kuzi (sedap!), bihun/ mee sup, bread butter pudding dgn custard sauce...

Tak rasa pun bihun sup n puding roti tu sbb dah kenyang dgn satay n roti jala..

Juga ada biskut raya, buah dokong, kek coklat moist (k.yan buat sendiri) dan juga tapai..


Yg penting, had a great moment there... Seronoks berjumpa rakan2 lama, yg walaupun jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati...

p/s: Semua gambar di atas dari FB kakyan.. Cantik la rumah mu kakyan.. Nampak exclusive, 'song' ngan nama dia.. Kitchen kabinet pun cantik... Semua nampak best la.. Oh ya, rumah k.Yan di tingkat 7...

p/s: Seronok tgk my frens sorang2 beli rumah... Harga satu2 tu makk oiiii... Boleh tahan! Yer la, rumah kat area KL ni mana ada yg murah... Apapun, tumpang bangga dgn semua kawan2 saya... Happy for all of you! Kita semua dah berada dlm landasan masing2.. Moga kita semua sama2 berjaya! Insya-Allah.....

Tuesday, September 28, 2010

Bersusah-susah dahulu

Semoga saya tergolong di kalangan org yg bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. hehe..

Biarlah saya beringat2 dahulu... hidup begitu jimat cermat n tak bermewah2 mcm org lain.. huhu... Asalkan kemudian hari nanti saya boleh bernafas lega (dan syukur)... insya-Allah..

Taknak la, bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian.. huhu.. Ada ke? Ada la kot, kalau tak beringat ketika senang...

Mcm pesan Rasulullah SAW, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tu...

Saya tak kesah, perlu bersusah payah skg - perlu korbankan pelbagai kehendak/ kemahuan diri, asalkan anak-anak saya nanti dapat sebagaimana anak2 org lain dapat, esp dari aspek pendidikan mereka...... Soal pendidikan adalah tiada kompromi!

Jangan bersusah-susah skg, akan datang pun susah n sampai mati pun susah dah la.. huhu...

Saya percaya, biarlah kita bersusah-susah skg.. Agar suatu masa bila kita senang nanti, kita tak lupa diri... Harap2 begitulah... Kesusahan pada hari ini akan jadi satu kemanisan yg tak terhingga suatu hari nanti... Insya-Allah...

Kesusahan ni bkn dari aspek material/ kewangan aje, tp "kesukaran dan kerumitan" dari segala segi, segala aspek kehidupan... Biarlah saya saja yg tahu... Kesusahan kita, takkan nak war-warkan satu dunia.. kan?

Paling tidak, sekiranya saya berjaya suatu masa dan ketika nanti, ketahuilah dunia bahawa saya bermula daripada susah, drpd kesukaran hidup yg bukannya sedikit..!!!

Saya percaya, semua org ada ujian dan cabaran hidup masing-masing, dgn cara masing-masing.. Cuma bergantung pada kita utk 'handle' cabaran hidup itu... Apa yg saya lihat, ramai juga manusia berjaya kerana cabaran hidup yg begitu luar biasa!

Kata pepatah, manusia yg memilih utk berjaya mencipta peluang, manusia yg tidak mahu berjaya hanya mencipta alasan....

Manusia yg berjaya juga adalah manusia yg bisa menukar MASALAH dan CABARAN kepada PELUANG.. Itulah manusia yg optimis dan bijak!!!!!

Dan saya, saya juga cuba menukar segala cabaran hidup ini sbg satu peluang... Paling tidak, peluang utk saya menghampirkan diri pada Yang Maha Kuasa, agar saya meminta hanya pada-Nya!!!

Juga 'peluang' utk saya lebih belajar erti sabar (sabar bkn hanya di mulut), erti ikhlas dgn segala ujian dan ketentuan Allah SWT dan juga erti syukur atas segala nikmat-Nya yg tak terhingga selama saya hidup di dunia ini...

Semoga saya tergolong di kalangan orang2 yg sabar, org2 yg ikhlas dan org2 yg bersyukur...

Doakan saya... Dgn semangat dan iltizam yg tidak pernah luntur, saya pastikan saya akan berjaya!!

Yg penting, ALLAH SWT sentiasa bersama org2 yg sabar... Selagi kita percaya dan mengharap hanya pada-Nya, DIA tidak akan menghampakan kita..................

p/s: Entry ini sekadar satu catatan kehidupan....

p/s: Segala ujian dan cabaran hidup dpt membina kekuatan hati dan menjadikan kita lebih kuat; fizikal, mental dan emosi...

p/s: Sangat respek pada org2 kaya yg bermula dari susah, termasuklah billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yg bermula hanya dgn menjual lembu....

Bangunlah Zulaikha!

(satu nukilan utk diri sendiri)

Zulaikha,
Apapun yg telah kau lalui...
Apapun yg telah kau rasai....
Apapun yg mendatangi hidupmu...
Walau sebanyak mana pun ujian yg mendatangimu...
Walau sebanyak mana pun aral yg menyekat laluanmu....
Walau sebanyak mana pun pahit dan getir yg menghiasi hidupmu...
Sabarlah... sabar, sabar dan sabar....

Sesungguhnya TUHAN TIDAK PERNAH TIDUR...
DIA TUHAN yg menjadikan kamu daripada tiada kepada 'ada'
yg menjadikan langit tanpa tiang...
yg mengawal hati-hati manusia...
DIA TUHAN YANG MAHA KAYA..
Berserahlah kepada-NYA...
Mohonlah hanya pada-NYA.. .
Sesungguhnya engkau menyembah TUHAN YANG BISA MEMBERIKAN PERTOLONGAN....................
YANG MANA JANJINYA TIDAK PERNAH DUSTA!!

Justeru, bangunlah Zulaikha...
Bangunlah demi anak-anakmu...
Bangunlah demi ibu bapa yg sentiasa mengharapkan kejayaanmu....
Bangunlah demi semua yg telah kau impikan.........
Bangunlah demi TUHAN yg menciptakanmu yg tidak mahu melihat hamba-NYA yg berputus asa...
Bangunlah dengan daya dirimu selaku insan yg menyembah TUHAN YG MAHA AGUNG...
Bangunlah untuk satu kehidupan sebagaimana yg telah kau impikan..........

Semoga tiada penyesalan di akhir usiamu... tiada kesalan di penghujung nafasmu...
Semoga ALLAH bersamamu...
Semoga suatu masa nanti segala isi langit dan bumi menyaksikan, setiap air matamu yg tumpah, setiap keringatmu yg jatuh, setiap daya dan usahamu akan dibalas dgn air mata gembira-bahagia-dengan ketenangan yg hakiki lagi abadi...

Sesungguhnya balasan yg paling indah, hanyalah balasan dari TUHAN EMPUNYA SEGALA...

Semoga segala yang kau cari akan kau temui...
Berakhir di jannatul firdausi nuzula......

Amin...

Kaklong Nuzula,
28 September 2010, 2.30 a.m

Friday, September 24, 2010

Zukhruf

Budak yg berumur 6 tahun...



Actually bulan 12 ni baru genap 6 tahun.. Tahun depan masuk darjah 1 la..