Monday, May 25, 2009

Crocs punya citer

Entry ke-2 utk hari nih.

Hari jumaat lepas aku gi pasar dkt ngan umah kami nih. Ni pasar jumaat, tiap-tiap hari jumaat time org laki solat jumaat. So, yg ramainya kaum Hawa larr. Pasar jumaat ni byk jual kain2, baju, tudung.....

Tgk ada org duk kerumun kat satu tempat tu. Apa tu? Gi tgk jugak. Oooo kasut n selipar rupanya.

Haa, berapa harga? RM70?? Katanya harga sebenar dlm RM160. Uitsss..

Ooooo jenama crocs, mcm penah dgr. Ala-ala selipar jepun berjenama la, harga pun lebih seratus inggit.

Apa yg bestnya?? Aku cuba pegang. Eh, ringannya. Mesti selesa pakai. Tak rasa apa kat kaki. Cantik2 lak tu. Utk budak2 pun ada. Kalau beli kat zukhruf pun ok ni. Tp aku pun nak jugak, hmmm utk abah zukhruf pun ok gak ni.... Jadi 3 la pulak.

Ku dgr ada org tanya, mcmana boleh jual murah??? Jawab lelaki itu, itu panjang cerita la kak. Apa la yg panjangnya cerita tu.

Hmmm.... rasa berkenan la pulak kat crocs tu. Tp fikir punya fikir RM70 stil mahal. Apa lagi kalau nak beli 3 utk kami... Ngeee...

Balik tu aku google jumpa site dia dlm internet. Di sini. Siap dengan harga lagi. Betul la semua lebih 100 inggit.




Nota: Aku mmg sukakan kasut / selipar / sandal yg simple n flat jer. Yg penting selesa. Tak penah pakai high heel.... Hihihi. Dgn anak ni lagi larrr.


No comments: