Wednesday, December 1, 2010

Cloth Diaper FAQ/ CD 101

Actually saya sedang mengumpulkan soalan2 yg pernah/ kerap ditanya tentang CD - cloth diaper.

  1. CD ni kena basuh ke?
  2. Susah ke nak basuh CD?
  3. Insert kena beli asing ke?
  4. Insert tu kena buang ke?
  5. Dapat berapa insert?
  6. Prewash tu apa/ mcmana?
  7. Brand apa yg paling bagus? --> ramai tanya!
  8. CD ni ada saiz ke atau free-size?
  9. Saiz yg sesuai utk anak saya?
  10. CD untuk newborn?
  11. CD utk baby XL/ XXL?
  12. Berapa lama boleh pakai? (usia CD)
  13. Berapa lama kena tukar?
  14. Berapa yg perlu ada?
  15. Mcmana nak basuh?
  16. Boleh basuh dgn mesin basuh tak?
  17. CD boleh spin tak?
  18. Kenapa bocor?
  19. Apa beza dgn Lunatots? -->byk kali sangat org tanya
  20. Kenapa Coolababy/ Babyland murah dari Lunatots?
  21. Macam mana kualiti dia?
  22. Ok ke kualiti berbanding Lunatots? --> sering kali Lunatots jadi perbandingan
  23. CD ni dari mana?
  24. AIO tu apa? AI2? Fitted? Prefold?
  25. Hemp tu apa?
  26. Button ke velcro lagi elok?
  27. Kenapa tak boleh rendam CD?
  28. CD utk tidur malam?
  29. Boleh pakai lotion/ bedak tak dekat baby?
  30. Stripping/ stripwash tu mcmana?
  31. Nak basuh pakai sabun apa?
  32. Cloth diaper ni ada dapat kelulusan kementerian kesihatan ke? --> pernah ada yg tanya
Ada lagi yg orang pernah tanya, yg saya tak terfikir pun.. huhu... Nanti nak ingat balik...

Apa lagi yer yg org tanya pasal CD ni?

Monday, November 29, 2010

Fleece cover dari lynnhomemades!

Alhamdulillah, fleece cover hadiah dari UmmiPad Contest hari tu dah selamat sampai kepada saya dlm mggu lepas, masa saya balik raya haji.. Suka sangat!!!



Nama pattern: EZDipe
Saiz: Medium
Material: Fleece (100% poliester)
Soaker: Microcotton
Style: Side snapping, comes in various sizes - not one size!

Review awal:

Material yg sangat lembut dan gebu. Warna pastel yg cantik. Jahitan pun kemas. Macam tak percaya Puan Lynn Nasir yg jahit.. hehe.. Belum pakai tapi dah try dekat Auliya. Size M ngam2 la dengan dia. Dia punya soaker dari material microcotton, mcm tuala.

Menurut Puan Lynn, ada pemenang yg dah try fleece cover tu dekat anaknya. Boleh tahan sampai 8 jam.. Ok la kalau gitu..

Terima kasih byk yer Lynn.. Berbaloi masuk contest Lynn hari tu... hehe...

Sape berminat untuk tempah CD dan cloth pad silalah jenguk:

http://lynnhomemades.blogspot.com/

http://ibu2anak-kisahkami.blogspot.com/

Contoh CD yg ditempah dari Puan Lynn (fleece cover dan soaker)


Soap Nuts

Inilah dia organic soap nuts, sabun (pencuci) yg begitu natural - berasaskan alam...




Dari pokok ini?


How do soap nuts clean your laundry?

The process by which SoapNuts clean your clothes is naturally quite simple. The SoapNut shells contain natural saponin (natures own 100% natural detergent) that works as a surfactant, making the water "wetter" and allowing it to penetrate the fibers of your clothing, working away the dirt, keeping it in suspension in the water until it’s drained away, taking the dirt with it.

SoapNut shells are natural, organic and environmentally friendly. They are a natural alternative to all kinds of detergents, soaps, cleaners and shampoos and are ideal as a chemical free natural detergent in washing machines.

Maklumat lanjut:

http://soapnuts.webs.com/usesofsoapnuts.htm

Saturday, November 27, 2010

Laundry ball

Ada sape dah guna laundry ball ni utk basuh CD/ pakaian lain?

Katanya eco-friendly, detergent free, no chemicals.. Berasaskan alam..

(gambar sekadar contoh, ihsan google)

Di bawah ini adalah The Green Pocket laundry ball..

(picture credit to mummys's reviews)

Ada review mummy's reviews di sini,

http://www.mummysreviews.com/2010/03/23/the-green-pocket-laundry-ball/

The green pocket laundry ball tu katanya blh guna sehingga 1000 cucian ataupun lebih kurang tahan 3 tahun.. 3 tahun takyah beli sabun basuh!!

Utk maklumat lanjut:

http://baby-mel.com/shop/products/The-Green-Pocket-Laundry-Ball.html#

http://www.thegreenpocket.biz/shop/products/The-Green-Pocket-Laundry-Ball.html

Agak2nya ok tak kalau guna utk basuh CD?

UPDATE:


Saya ada tanya babymel.com, boleh tak guna utk basuh CD. Jawapannya:

Hi Kaklong,

Yes , you can : ). However I need to remind you that , you much rinse through the used diapers before put in the washing machine.

After wash, you must make sure diapers to dry thoroughly . TGP laundry ball does not contain perfume, chemical there for no smell .

Do let me know if you have any question.

Regards

Angelia

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha 1431H

yg jatuh pada hari Rabu 17 November 2010..









Perkembangan dan pencapaian Zukhruf


Agak malas nak update ini blog tp 'paksa diri' sbb utk catatan dan ingatan pada masa depan..

Alhamdulillah dlm periksa akhir tahun kelas pra baru ni Zukhruf dapat no. 4. Kalau tak silap keseluruhan 86.5%.. Kira ok la. Dari 10 subjek (akademik dan diniah) semua A kecuali 2 je B (Akhlak dan Feqah).

Kira ok la, subjek akademik - BM, BI, Matematik, Sains semua A. Rasanya semua 90+. Yg aku ingat Sains 98%.

Nanti update balik la markah semua subjek yg Zukhruf dapat. Sbb ada kertas periksa yg cikgu tak sempat bg sebelum cuti hari tu.

Buku laporan kemajuan dia hari tu pun tak sempat tgk sebelum balik KL. So buku rekod n kertas periksa dia semua ada dgn TokMi dia la.. Tahu dpt no. 4 tu tgk keputusan semua murid (tanya cikgu dia) masa pegi majlis graduasi hari tu.

Itu pun kalau kira Zukhruf sepatutnya no. 3 sbb yg dpt no. 3 tu sepatutnya dah darjah 2 (umur 8 tahun) tp dia lewat masuk sekolah/ kes tak boleh baca ke gitu la.. Itu yg masuk kelas pra..

Al-Quran plak Zukhruf masih baca Quran kecik (Muqaddam). Al-Furqan dia buku 2. Kira dia dah mengenal la jugak (bukan hafal tp kenal huruf dan baris).. So tak susah sgt nak ajar dia...

Syukur sbb Zukhruf menunjukkan minat yg tinggi terhadap ilmu/ minat utk belajar. Dia suka bertanya, ada jer soalan dia..

Al-Quran mmg dia minat la baca.. Tak susah nak suruh dia duduk utk kita ajar.. Sampai kita pulak kena suruh dia berenti (sambung esok pulak) lps baca satu2 surah tu.. huhu.. Ikutkan dia mmg tak puas2 ulang sehingga dia lancar.. Syukur ya Allah!

Baca BM mmg dia dah boleh.. Kira lancar la.. Dah boleh baca suratkhabar pun.. Cuma skg aku nak "polish" kebolehan dia baca BI. Ni pun dah boleh baca English tapi ada jgk yg tak betul pronunciation.. huhu.. Aku akan cuba giatkan lagi ajar dia English, cuba kenalkan dia lebih byk kosa kata baru (vocab) n ajar mana yg patut (huhu.. kalau la blh speaking speakong kat rmh ni dgn anak2)...

Budak yg dpt no. 1 dlm kelas Zukhruf tu pompuan, anak cikgu sekolah tu jgk. Mmg patut la dpt no. 1 sbb mak dia duk ajar setiap hari/ setiap mlm. Zukhruf tak duk dgn aku masa kelas pra baru ni.. Kira dia mmg bwk diri betul la... Umi aku n CikDa dia pun tak sempat sgt nak ajar dia secara konsisten.. Kiranya apa yg dia jwb dlm periksa itu la yg dia dpt/ belajar masa dlm kelas.. Kira ok la kan?

Selepas hampir sethn duk Kelate dgn Tokmi & Tokbah dia, akhirnya Zukhruf kembali tinggal dgn aku/ kami di sini... Azam aku nak ambil berat/ jaga sungguh la hal ehwal persekolahan dia nanti.. Insya-Allah..

Thursday, November 18, 2010

Majlis Graduasi SeRU Al-Hilal

Utk murid kelas pra dan tahun 6. Telah diadakan pada 15 November, hari Isnin lepas.










p/s: Zukhruf ada jugak gambar konvo sorang yg pihak sekolah panggil cameraman luar tu. Yg tu cantik sket jubah. Siap dlm frame lagi. Ada la jugak sebagai kenang-kenangan dia.


Tuesday, November 16, 2010

Dalam penantian

Rasa tak sabar pulak... Tambah2 lagi bila berkaitan dgn CD.. huhu..

Saya sebenarnya sedang menunggu hadiah daripada Puan Lynn Nasir, yg saya menang Ummi Pad Contest kategori braveheart hari tu.. Harap2 sampai kepada saya dengan selamat... insya-Allah..

Fleece diaper cover (pattern EZdipe) corak pelangi.. Warna pastel gitu..


Kata Puan Lynn, hanya tiga 'beradik' ni jer yang seumpamanya di Malaysia.. huhu.. Mcm sedih plak mereka terpaksa berpisah kepada 3 org tuan :(

Nama pattern: EZdipe
Saiz: Medium
Material: Fleece (100% poliester)
Soaker: Microcotton
Style: Side snapping, comes in various sizes - not Onesize!

Betul2 tak sabar nak cuba try test CD (diaper cover+ soaker) ni.. Sebagai sokongan kepada our WAHM sebenarnya..

Maklumat lanjut: http://lynnhomemades.blogspot.com/2010/11/ezdipe-untuk-pemenang-contest-ummi-pad.html

p/s: Lynn, teknik ruffle tu mcmana?

p/s: Rasa teringin plak nak try pattern La Di Da n Fattycake... Dengar nama pun mcm best jer... huhu..