Sunday, May 31, 2009

Ada ke org buat mcm ni?

Pagi tadi (pagi yg dah hampir tgh hari), saya bersama2 dgn abah zukhruf, kakngah (SIL), zukhruf beserta auliya telah pergi berjalan2 sambil membeli dan membelah di sebuah pasaraya berdekatan ngan rumah kami.

Ini adalah kali kedua saya membawa auliya ke 'supermarket', sejak dia dilahirkan.

Nak dijadikan citer, kami tak ada stroller. Yg zukhruf punya dulu dah tercabut tayar. Mmg duk tgh usha nak beli stroller pun, sbb tak larat nak dukung auliya lama2. Yg masa 1st time bawak dia tu sampai lenguh sgt tangan. Dah la nak beli brg pun susah.

So sblm pegi tu aku duk pk2 la, macam mana ni? Macam mana nak buat ngan auliya ni? Dah tak larat nak dukung dia. Abah Zukhruf telah memvolunteerkan diri nak dukung, tapi aku tak harap sgt abah dia dukung si kecik ni lama2, sbb abah dia kurang pro (nak kata tak pandai tu tak sampai hati pulak). Setakat riba n dukung sekejap tu boleh la.

Then dapat la idea nak bawak benda carrier+rocker+carseat (yg bukan carseat!) yg aku beli utk auliya hari tu. (Seperti gambar di bawah ini)


Macam mana aku buat? Sampai je kat situ, aku pun amik troli dan letak carrier yg mengandungi si kecik auliya ke dlm troli tu (korang boleh gambarkan tak?). Dan kami pun tolak la troli itu. Hehehe. Ada ke orang buat macam ni??? Sebab aku tak penah jumpa lagi....

Kata abah zukhruf, masa dia duk tolak troli tu, ada gak orang cakap, "Eh, ada baby!!" (org yg lalu lalang n tertengok auliya dlm troli tu). Hahaha...

Yang penting, si kecik tu tido je sepanjang kami kat situ. Manyak senang hati. Dapatlah kami bershopping dengan jayanya....

Kesimpulannya, ok jer. Muat je nak letak barang2 yg dibeli ke dlm troli tu, sbb troli tu besar. Senang pun senang. Tolak troli jer. Kalau ada stroller, kena tolak stoller lagi, troli lagi.... Kan? Kan?

Sekian sahaja cerita saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.

Nota: Saya tengah meng'usha' stroller si combi dekat mudah.my, yg org nak jual. Dah berapa hari duk fikir, nak ke tak, nak ke tak.... Ermmmm, macamana yer? Nak beli yg NEW idak le teman mampu....

Friday, May 29, 2009

Sungguh aku terharu...

Saya baru saja menonton video ttg proses kejadian manusia, 9 bulan di alam rahim dr blog ini.

Rasa terharu sangat, sampai menitis air mata.... Maha Suci Allah. Hanya DIA Tuhan yg layak disembah!!

Melihatkan si kecik tu yg sedang tido lagi la terharu tgk muka dia yg tak tahu apa, bersih dr segala dosa dan noda..... makin menyedarkan saya betapa ia telah berjuang utk lahir ke dunia ini.... Semua itu bukan mudah....

Dan mengingatkan ada rakan-rakannya yg dibuang begitu sahaja, tak kira di mana-mana - ke dlm tong sampah, dlm semak, longkang, ditinggalkan begitu sahaja..... Sekali lagi saya menitiskan air mata. Betapa kejamnya manusia.

Betapa mereka telah berjuang drp asal mereka sekecil-kecil benih sang bapa berenang mencari benih sang ibu, menjadi janin yg kuat dan akhirnya menjadi manusia yg sempurna sifat.... Kemudian, selepas mereka bertarung habis-habisan untuk melihat dunia ini, mereka dibuang / dibunuh / dibiarkan mati begitu saja... Sungguh kejam!!!

Video ini juga mengingatkan saya bahawa kita manusia sebenarnya tidak lemah. Kita kuat. Kita memang kuat; kerana kita adalah manusia. Sejarah pembentukan kita bukan mudah. Kita yg asalnya drp benih sang bapa telah berenang begitu jauh, merentasi ombak dan badai utk bertemu dgn benih sang ibu. Dgn itu, terjadilah kita....

Oleh itu, hargailah diri kita. Hargailah kejadian diri kita yg bukan mudah. Sayangilah diri kita, kerana TUHAN buat kita bukan mudah. Dan juga sayangilah anak-anak kita kerana TUHAN buat mereka juga bukan mudah!!!!

Nota: Semasa melahirkan Zukhruf di hospital dulu, saya menangis (hati saya menangis!) melihat bayi-bayi yg dilahirkan sbg anak-anak org Cina dan India. Mungkin sudah tertulis yg mereka tidak dilahirkan sebagai anak-anak org Islam..... Memikirkan apakah mereka akan temui TUHAN yg telah menciptakan mereka, membuatkan saya benar-benar bersyukur... sekurang2nya saya telah dilahirkan sebagai seorang muslim (walaupun kita yg Islam ini belum tentu mati dlm Islam!!)

Tuesday, May 26, 2009

Zukhruf yg suka bertanya...

Zukhruf mmg byk sangat tanya. Tak kira masa. Kdg2 tu tak larat jugak nak layan, esp time kite tgh penat or sibuk (mcm kat dapur ke, tgh bereskan auliya ke, or tgh aku syiok memblogging nih.. Haha)

Zukruf stat banyak tanya ni sejak umur dia 3 thn+ lagi. Dan semakin menjadi-jadi masa umur 4 thn ni la. Mcm2 sgt dia tanya, sampai kdg2 tu mmg tak terjawab, sbb takde jawapan dahhh...

Ni yg berlaku tadi;

Zukruf : Umi, monyet boleh masuk dalam air tak?
Aku : Tak boleh. Nanti mati la dia. Binatang apa duk dlm air? (saje nak tanya dia)
Zukruf : Ikan, udang, ikan paus.... mcm2 la umi.
Aku : Apa lagi?
Zukruf : Mcm2 la... Banyakkk.

Isk, isk pandai dia jawab. Saje je dia malas nak jawab (atau malas nak pk). Tak lama lps tu, dia tanya pulak..

Zukruf : Umi, kenapa monyet mati duk dlm air?
Aku : Dia tak boleh bernafas la..
Zukruf : Dia lemas ke umi?
Aku : Ye la. Org pun mati duk dlm air (Saje je aku cakap mcm tu)
Zukruf : Org boleh benang (berenang) la umi....

Hahahahaha.... Terkena aku. Tp aku jawab...

"Itu kalau blh berenang....."

Tak brp lama lepas tu, dia tanya lagi;

"Kalau monyet mati dlm air mcm mana?" (maksud dia jadi mcm mana ngan bangkai monyet tu lahhhhh). Aduiiii....

"Jadi macam tu la...." Aku dah malas nak jawab.

Kang nanti jawab hanyut, dia tanya hanyut ke mana pulak dan bla.. bla.. bla.... Jadi panjang cerita pulak.

Zukruf mmg dia akan tanya dan tanya sampai puas hati. Kdg2 naik tension jugak ooooo.... Tapi tu la, kena jawab jugak setiap persoalan dia. Kalau tak jawab kang terbantut pulak minat dia nak tahu ttg sesuatu tuh. (Penat oooo jadi ibu nih...)

Kdg2 tu sampai 2,3 hari dia tanya soalan yg sama, yg dia stil tak puas hati. Aku ingatkan dah selesai kat sini, tapi esok @ lusa tu dia tanya lagi.... Isk, isk. Rupa-rupanya dia stil tak puas hati.

Hari tu dia ada tanya...

Zukruf : Umi, kalau kita tak ada tulang mcm mana?
Aku : Jadi lembik la....
Zukruf : Pastu kena masuk dlm peti ke???? (peti ais)


Hahahaha... ke situ pulak dia. Sbb selama ni kalau ais krim lembik (cair) aku suh masuk dlm peti ais dulu nak bg keras balik...

Dia jugak penah tanya....

Zukruf : Umi, kenapa kita ada darah??
Aku : Ermmm....

Susah oooo nak jawab... Nak bg dia faham ikut umur dia lak tu. Then aku jawab;

"Kalau tak ada darah mati la.... "

Tu je yg mampu aku jawab. Takkan nak jawab darah bawak oksigen bla... bla... bla...

Zukruf juga suka bertanya yg sebaliknya.... "kalau tak?" (ttg sesuatu tu). Contoh;

Zukhruf : Umi, kenapa kita kena gi sekolah, kena baja (belajar)??
Aku : Nak bagi pandai la...
Zukhruf : Kalau tak???

Suka sangat tanya "kalau tak?" yg susah nak jawab @ takde jawapan.

Haa, dia juga penah tanya;

Zukruf : Umi, kenapa kita kena makan?
Aku : Kalau tak makan lapar la
Zukruf : Kalau lapar umi???
Aku : Mati la. (malas nak panjangkan cerita)

Sekali tu dia mintak nasi (masa tu baru nak masak. Kdg2 tu pukul 10 dah mintak nasi. Huhu.)

Zukruf : Umi, nak nasi.
Aku : Ye la, nak masak la ni. Makan (benda lain) dulu la.
Zukruf : Umi, nak nasi....
Aku : Iyeeee, umi tgh masak ni.
Zukruf : Umi, abang kata abang nak nasi. Nak nasi la... (Dia suka mintak2 mcm ni)
Aku : Ye la, umi tgh masak la ni. Nampak tak? (Geram jugak)
Zukruf : Cepat la umi. Abang lapar ni. Kan MATI kan abang.

Isk, isk budak ni. Geram sungguh aku. Tapi lucu jugak, aku yg bgtau kalau tak makan mati. hahahaha.

Ada lagi nak citer tang kisah2 lucu zukruf ni... Tapi lain kali la yer.

Apapun, kita sbg ibu (dan bapa) mmg kena bijak menyelesaikan setiap persoalan anak. Mmg di usia mcm ni otak dia tgh berkembang dan dia suka berfikir ttg sesuatu tu. Tu yg jadi byk tanya tu. So, sabar aje la... Layan je la. Jangan sampai terbantut sifat ingin tahu mereka dah la. Aku pun kdg2 tu kurang bijak + malas jugak nak layan byk2.... Huhu.

Ada satu kisah ttg seorang budak yg suka bertanya. Byk sangat tanya, kenapa itu, kenapa ini, sampai ibu dia tak tahan. Last2 ibu dia jawab,

"Dah mmg macam tu..."

Dan slps itu pun, for every "kenapa", si ibu akan jawab, dah mmg macam tu..... dah mmg mcm tu....... hahahaha...

Nota: Aku mmg cakap biasa dgn zukruf (cakap KL). Hahaha. Dulu cakap kelate jer tp sejak dia sekolah ni kesian kat dia nanti org tak faham apa dia cakap. Tapi dia faham jer kalau cakap kelate pun.


BFing Auliya

Yeah, I have been breastfeeding Auliya for 2 months, 2 weeks n 3 days (sejak dia lahir!). Alhamdulillah, so far takde masalah besar, just bf dia on demand.

Yer la, sbb aku direct bf so takde lg la nak fikir psl stok, jadual mengepam, nak store breastmilk (bm) tu, nak beli segala perkakas dll.

Sepatutnya aku dah stat kena fikir benda2 tu kalau betul2 nak kerja lps ni. Byk lagi tak tahu. Mmg la ada baca pengalaman kawan2 yg ebf walaupun bekerja. Tp byk lagi nak kena study and nak kena tanya org2 yg berpengalaman nih.

Hari tu ada la my bm kurang sket (lambat penuh balik lps baby hisap). Kira ngam-ngam jer ngan Auliya. Dlm 2,3 hari jugak. Lepas tu alhamdulillah dah ok balik.

Auliya ni kuat jugak nyusu. Tp rasanya kalau boy lagi kuat n kerap, mcm Zukhruf dulu, ada gak time haru; susu takde sampai nangis teruk. Then cuba bg susu formula mmg dia taknak - tolak kuat2 dgn lidah. Kalau hisap pun sikit sgt n dia akan keluarkan balik.... Haru sungguh masa tu.

Moralnya, time susu banyak tu kena pump / perah n simpan. Lepas tu kena ajar jugak baby hisap dgn botol. In case mcm ni la. So aku dah amik pengajaran. Auliya ni ajar jugak dia hisap botol. Mula2 mmg dia taknak, tapi dah lapar tu hisap jugak.

Setakat ni aku takde pun amik supplemen @ makanan tambahan khas utk susu. Just minum byk air suam, makan kurma n madu (setiap pagi) tp ni madu pun dah habis. Oh ya, juga minum susu 2 kali sehari.

Mudah-mudahan aku dapat menyusukan Auliya sehingga 2 tahun. Detik2 menyusukan anak ni sebenarnya begitu manis, esp bila direct bf. Rasa hubungan ibu-anak yg sedang mekar n semakin mekar... Hehe..

Aku penah dgr, kalau anak kita minum susu kita, insya Allah dia tidak akan derhaka kepada kita. Dia akan jadi anak yg baik. Insya Allah, mudah-mudahan. Mungkin itulah hikmah di sebalik galakan menyusukan anak yg telah ditentukan ALLAH SWT.

So, jadikan sesi penyusuan itu sbg momen2 indah kita bersamanya, masa utk bercakap2 dgnnya, masa untuk membina keserasian bersama...

Juga blh jadikan sesi pengajaran tak formal yg pertama untuknya. Bagitahu dia; kita ni ibunya, Allah yg menjadikannya, Allah yg bg susu, adik mesti taat perintah Allah dll....

Monday, May 25, 2009

Result periksa Zukhruf

Entry ke-3 utk hari nie.

Isk, sakan aku membloggingkan diri hari ni. Hehe. Takde keje ker? Ada jer (kain blm berlipat, baju2 blm bergosok... Haha). Auliya dah tido ke? Aah, baru je tido. Tadi duk diam jer tgk umi dia duk ngadap komputer. Hahaha.... Tgk2 dah tertido sendiri. Nasib la jd anak ibu zaman moden ni. Apa pun, umi tak buat kerja yg tak berpekdah.....

Ok, nak citer tang result periksa Zukhruf. Kan aku ada citer, Zukhruf 2 bulan setengah tak gi sekolah (masa aku berpantang kat Kelate), dtg2 je terus periksa....

Hari Jumaat lepas cikgu dia bg kad laporan kemajuan n kertas2 soalan periksa hari tu. Begitu teruja aku nak tgk mcmana dia jawab n berapa markah dia dpt.

Tgk2 dia dapat no. 12 drp 21.

Terkejut jugak, mmg terkejut punnn... Padan la dgn lama tak gi sekolah. Dia gi sekolah 2 bulan jer (bulan 1 n bulan 2 hari tu).

Kehadiran : 37/ 84 (tak sampai separuh)

Tgk markah dia;

Matematik : 95 (salah 1)

Sains : 96 (salah 1)

BM : 92 (salah 2)

English : 88 (salah 3)

B.Arab : 72 (byk salah la)

Jawi : 76 (pun byk salah) dan

Lukisan dapat A

Mmg padan la B.Arab n Jawi dapat rendah sbb dia tak tahu apa yg cikgu ajar selama takgi sekolah tu.... Aku pun tak penah ajar dia jawi (alif ba ta) n bahasa arab nihh....

Jumlah markah : 519/600

Dan utk Quran n Doa dua-dua dpt C. Mana la dia tahu surah2 pendek tu. Al-Fatihah blh la sikit2 tp ikut slang dia la (pelat!!). Doa pun doa makan jer tahu (juga dgn pelatnyer!).

Sebenarnya Zukhruf tulis pun tak berapa pandai lagi... Pegang pensel tu boleh la. Tapi mcm nak tulis A, B, C.. n 1,2,3.. tu tak berapa cantik lg la. Kdg2 ikut suka dia jer nak tulis tu asal nampak sama (tak ikut step).

Apa pun, keseluruhannya aku rasa ok. Ni baru periksa tgh tahun. Lagipun baru 5 tahun. Apa la yg dia tahu tang periksa nih.

Aku bgtahu dia, abang dapat no. 12 la....

Dia pun, yay yay abang dapat no. 12..... Hahaha...

Crocs punya citer

Entry ke-2 utk hari nih.

Hari jumaat lepas aku gi pasar dkt ngan umah kami nih. Ni pasar jumaat, tiap-tiap hari jumaat time org laki solat jumaat. So, yg ramainya kaum Hawa larr. Pasar jumaat ni byk jual kain2, baju, tudung.....

Tgk ada org duk kerumun kat satu tempat tu. Apa tu? Gi tgk jugak. Oooo kasut n selipar rupanya.

Haa, berapa harga? RM70?? Katanya harga sebenar dlm RM160. Uitsss..

Ooooo jenama crocs, mcm penah dgr. Ala-ala selipar jepun berjenama la, harga pun lebih seratus inggit.

Apa yg bestnya?? Aku cuba pegang. Eh, ringannya. Mesti selesa pakai. Tak rasa apa kat kaki. Cantik2 lak tu. Utk budak2 pun ada. Kalau beli kat zukhruf pun ok ni. Tp aku pun nak jugak, hmmm utk abah zukhruf pun ok gak ni.... Jadi 3 la pulak.

Ku dgr ada org tanya, mcmana boleh jual murah??? Jawab lelaki itu, itu panjang cerita la kak. Apa la yg panjangnya cerita tu.

Hmmm.... rasa berkenan la pulak kat crocs tu. Tp fikir punya fikir RM70 stil mahal. Apa lagi kalau nak beli 3 utk kami... Ngeee...

Balik tu aku google jumpa site dia dlm internet. Di sini. Siap dengan harga lagi. Betul la semua lebih 100 inggit.




Nota: Aku mmg sukakan kasut / selipar / sandal yg simple n flat jer. Yg penting selesa. Tak penah pakai high heel.... Hihihi. Dgn anak ni lagi larrr.


Dia yg ku kenali....

DIA yg ku kenali adalah amat berkuasa, sungguh berkuasa, kerana DIA Maha Berkuasa atas segalanya.... segalanya, di langit dan di bumi... kerana DIA TUHAN SEMESTA ALAM. Percayalah, dia boleh melakukan apa saja (eg: memusnahkan musuh-NYA sekelip mata, menjadikan kita kaya-raya sekelip mata dll) kerana DIA Maha Berkuasa... Sedangkan kita manusia gila kuasa.

DIA yg ku kenali juga sungguh bijaksana, kerana DIA Maha Bijaksana. Setiap apa yg dijadikan dan ditentukanNYA adalah amat complete, lagi amat sempurna. DIA telah susun sesuatu itu dgn amat sempurna, penuh dgn hikmah tersembunyi.

DIA sangat-sangat-sangat sayangkan manusia, kerana DIA telah menciptakan kita sbg sebaik-baik kejadian. Sungguh!! DIA telah 'memberikan' kita sebahagian daripada DIRINYA, iaitu ROH. Sbg manusia kita ada roh dan nyawa (nyawa itu berbeza dgn roh), sedangkan semua benda hidup lain ada nyawa shj (termasuk jin). Sbg manusia, kita adalah pelakon utama di atas pentas kehidupan ini, terutamanya kita manusia yg hidup di akhir zaman ini.... Kita adalah penutup segala cerita...........

DIA suka menguji dan sengaja ingin menguji. Iye, DIA sengaja ingin menguji kita, menguji saya sebagai manusia, kerana DIA ingin tahu setakat mana keimanan kita. Kan DIA pernah berkata, "Jangan mengaku kamu org yg beriman, selagi kamu belum diuji!!" Sepatutnya kita berasa gundah kalau hidup kita tiada ujian dan cabaran, kerana apa mungkin DIA telah 'melupakan' kita?

DIA amat sayang pada org2 yg ikhlas. Ikhlas dlm erti kata, ikhlas dlm segala aspek kehidupan ini; redha dgn apa saja yg ditentukanNYA. Kalau kita redha akan DIA (apa yg ditentukanNYA), maka DIA akan redha akan kita. Insya-Allah.

Wahai DIA, jadikan aku di kalangan org2 yg sabar, org2 yg ikhlas dan org2 yg bersyukur.....

Sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan rahmat-MU. Bagaimana dapat ku balas segala nikmat dan rahmat-MU ini?????????

Sunday, May 24, 2009

Masih pantang...

Ye, aku masih pantang; masih dlm pantang, walaupun dah 2 bulan setengah (ataupun lebih tepat 76 hari) lepas bersalin...

Aku masih pantang tang benda2 tertentu; makanan ada unsur sejuk (cam air sejuk, ais-krim, sayur2 sejuk), n makanan 'bisa' cam laksa, pulut sume tak makan lagi. Makanan yg masam (mcm asam n jeruk), juga yg sangat pedas pun tak makan lg.

Kenapa aku begitu pantang? Entah la kenapa. Bukan sbb nak jaga badan sangat. Tapi entah la. Dah tak terliur sgt nak makan benda2 tu. Sume blh tahan lagi. Lainlah kalau teringin tahap gaban (sorry vagg pinjam word ni) tu aku bedal ajelah....

Sampai bila nak pantang?? Mungkin sampai 100 hari. Tang air sejuk@ air batu@ aiskrim tu tgk la selagi termampu. Lagipun aku bf ni elok minum air suam.

Actually aku suka sgt (sgt suka!) laksa n jenis2 kuih berpulut ni. Tp sabo ajelahh. Kata makcik bidan yg urut aku tu, kalau nak try sikit boleh la (sejemput ker) tapi kalau nak makan betul2 tu tak boleh la. Hahaha.

Makanan yg paling aku tak boleh pantang adalah cikulat @ coklat @ chocolate, termasuklah kek coklat.

Hari tu, habis je pantang terus ngap coklat. And esok tu pulak mmg rezeki la ada org bagi kek coklat moist yg sungguh sedap. Mmg lepas gian la aku. Hahaha. Coklat yg makan mula2 tu bukan la coklat mewah pun, coklat cadbury yg kecik2 ni je. Yg jual 15 sen satu tuh. Tp takpe la, dpt jugak mkn coklat. Hihi.

Satu hal lagi yg aku masih pantang.... tang tu. Agak private n confidential. Hahaha. Mmg stil pantang. Kata makcik ngurut tu, rahim kita lepas 100 hari baru betul2 kecut n masuk tempat dia (kembali ke tempat asalnya). Maknanya baru betul2 ok la.

Ntah la, mmg tak salah tak mau pantang pun tang ni tapi elok pantang, SELAGI BOLEH PANTANG. Hahaha. Untuk kebaikan kita jugak, utk jangka masa panjang. Hihi. Lagipun tak salah dgr pesanan org tua2, pantang 100 hari !!!

Nota: Makanan yg sejuk n 'bisa' tu semua tak baik untuk urat....

Family dtg... n dah pulang pon.

Ptg semalam familyku datang sini - Umi, Abah, Ida n Amir.

Pagi smlm diorg hantar Atin daftar kat UiTM. Lepas tu gi rumah Ayah Yi dekat seksyen 7 , Shah Alam. Dekat je la dgn tempat Atin tu.

Eming, Tihah n Haikal pun dtg jugak sbb nak celebrate birthday Haikal kat rumah kami.

Ingatkan nak makan petang tapi jd makan malam pulak.

So, mlm tadi sesi makan-makan - Ada kek, satay, mihun (aku goreng), puding (Tihah) n makanan2 tambahan yg lain. Jadi byk pulak makanan sampai semua 'nnyada' kekenyangan. Hihi.

Tak sempat nak snap gambar sbb jadi tuan rumah ni sibuk la sket. Nanti la aku amik ngan Eming n tempek kat sini, insya-Allah.

Seronok sungguh Haikal bila ramai2 mcm ni. Suka tgk dia senyum n gelak bila tgk aksi2 Zukhruf. Semoga Haikal cepat boleh jalan. Tu ayah dah beli kasut Clarks utk Haikal belajar jalan... Sayang sungguh mama n ayah kat Haikal. Dan kami semua pun sayang Haikal.

And pagi tadi Tokmi, Tokbah, Cikda n Ayahsu dah bertolak pulang ke Kelantan dgn 'glen libina'... Semoga selamat sampai. Insya-Allah.

Friday, May 22, 2009

Selamat Hari Lahir Haikal!!

Entry ni khas utk anak saudaraku, Faris Haikal sempena hari lahirnya yg pertama hari ni, 22.5.09.

Ye, hari ni genaplah setahun umur haikal. Maknanya dah setahun masa aku gi tgk Haikal dilahirkan di Hospital Ampang....






Semoga membesar dgn sihat dan ceria dlm limpahan kasih ayah n mama....


Thursday, May 21, 2009

Tentang Zukhruf

Sambung citer pasal Zukhruf...

Sian dia 2 bulan tak gi sekolah. Dah la dtg2 periksa. Ingatkan takyah periksa sbb cikgu besar cakap tak payah. So, tak gi sekolah la masa minggu org periksa tu (minggu lps). Then gi sekolah minggu ni cikgu dia suh buat jugak periksa.

Semlm aku gi sekolah dia bayar yuran n jumpa cikgu dia. Tanya zukruf macamana kat sekolah. Cikgu dia cakap dia baik je. Mcm tak percaya. Hahaha. Iyalah, dia jenis budak yg aktif, kata org kelate 'buah'; mcm tak pecaya la kalau dia baik je. Hehe.

Tp Zukhruf mmg la dgn kita je (dgn ibu bapak dia ni) yg selalu buat hal. Kalau kita takde baik pulak. Zukhruf mmg agak aktif tapi dia manja. Sbb ada sikap (or sifat) manja tu la dia jadi dgr cakap n lembut hati. And sbb ada sikap manja jugak la dia tak boleh kena marah (jenis yg kena cakap elok2).

Tp budak2 biasa la, kdg2 tu sengaja nak cari pasal. Sengaja nak uji kesabaran kita as ibu bapaknya ni. Apa pun, Zukhruf ttp anak yg baik walaupun kdg2 cukup menguji aku.

Sambung citer jumpa cikgu dia tu. Tanya jugak, dia ikut ke arahan (bila guru bg arahan ni). Cikgu dia ckp, dia dgr n ikut je. Tentang periksa hari tu cikgu dia cakap, bg satu contoh je dia dah boleh buat. Entah lerrr zukhruf...

Mmg sian kat dia. Lama aku tak ajar dia, sejak alahan ngandung dulu. Bacalah Anakku pun byk dah lupa n kena ulang balik stat dari buku 1. Iqra' pun duk buku 2 lagi. Masa ngandung hari tu selalu tak larat n tak sempat nak ajar dia. Lps tu bersalin n berpantang pulak, lg la tak sempat nak ajar.

And lps balik KL ni la aku berazam nak ajar dia setakat termampu. Kalau blh nak habiskan Bacalah Anakku (di samping ajar Iqra') n lps tu nak ajar ReadEasy pulak. ReadEasy tu kaedah cepat membaca bahasa Inggeris, cam Bacalah Anakku utk bahasa Melayu.

Masa jadi cikgu selama setahun dulu (2006) aku dah penah kursus utk ngajar ReadEasy. So insya Allah takde masalah. Nanti la aku citer lain kali pasal Bacalah Anakku n ReadEasy ni.


Ataupun utk maklumat lanjut sila ke laman web ReadNetwork

Nombor (angka) dia dah tahu entah smpai berapa belas. Dia dah bolah kira n kenal angka (relate dgn bilangan sesuatu tu).

One two three blh la sampai ten. Tu sume aku tak ajar pun. Dia dgr dlm tv, belajar dgn Dora la kot (Dora the Explorer). Hahaha. Ada jugak la faedah tgk tv. Nombor dulu pun dia belajar dr remote tv, sbb nak tekan remote sendiri.

Skg ni dah kenal la duit 1 ringgit, 5 ringgit n 10 ringgit. Haha.

Byk jgk nak citer pasal Zukhruf, psl pengalaman membesarkan dia. Tp lain kali la yer.

Bersiaran dari Jln Duta

Yeah... aku dah balik KL sejak Ahad lepas (10.5.09). Dah seminggu lebih kat sini tapi ni baru blh update sbb baru blh access internet. Meronta-ronta rasanya tak dpt masuk internet. Huhu. Pagi ni baru blh.

Actually br semlm suamiku gi byr baki 2 bulan yg tertunggak. Dia cakap lps 2 jam boleh tp dr semlm aku try, tunggu punya tunggu. Sabo aje la..

Yg jadi tertunggak tu masa aku dlm pantang hari tu la. Tak guna pun kena byr jugak (mmg la). Masa kat kelate hari tu guna streamyx yg kat umah. Silap aku jugak, tak suruh encik suami bayar masa aku takde kat sini hari tu.

So, bermulalah life ku sbg ibu kpd 2 org anak. Ni pun stil dlm proses penyesuaian; menyesuaikan diri. Iye la, dah beranak kecik ni lain la pulak time n life management nyer.

And to Auliya, selamat datang ke rumah kita. Cantik tak cantik pun inilah rumah kita yg dipinjamkan oleh kerajaan. Ngee... Dan kita akan duduk di rumah ni (entah sampai bila). Mungkin setahun, 2 tahun atau 5 tahun lagi... Entah la, yg pasti selagi abahmu ini kerja di sini and selagi kita takde umah sendiri....

Aku pun bermulalah misi nak cari kerja. Rasa betul2 nak kerja ni. Sudah lama benar aku jadi suri rumah sepenuh masa; sejak pindah ke KL ni (dah 2 thn lebih).

Sebenarnya dlm pantang hari tu lg duk cari2. Kepada kawan2 yg ada maklumat ttg kerja kosong @ apa2 open interview, harapnya dapatlah korang maklumkan kpd aku.

Zukhruf pun dah gi sekolah (tadika dia) stat jumaat lepas. Kat sekolah dia buat 'selamat hari guru'. Hehe. Excited zukruf nak gi sekolah sbb ada 'selamat hari guru' hari tu. Hahaha. Entah apa dia ingat selamat hari guru tu...

...............

(Panjang pulak duk citer pasal zukhruf. Aku dah cut, buh dlm next entry).

Esok, pg2 lg umi abah aku akan bertolak ke KL, nak hantar Fatin masuk UiTM shah alam. Daftar hari Sabtu ni. Kan hari tu aku ada citer yg Fatin ada interview utk buat law kat oversea. Interview tu berjaya, tapi disebabkan tempat yg sgt terhad dia suh buat dlm negara dgn ditanggung sepenuhnya oleh JPA (utk first degree).

Org JPA call hari tu, sblm aku balik ke KL lg. Syukur alhamdulillah. Bg aku yg penting dpt tajaan @ biasiswa, drp amik PTPTN tu jenuh nak bayar balik.

So setakat ni Ida (adik aku no.4) je la yg pinjam PTPTN. Aku n Eming; JPA, Mardiah; Petronas. Sian ko ida kena bayar balik. Takpe la ida. Kaklong harap mu cepat2 dapat keja. Nanti buleh belanja aku n belikan hadiah utk anak2 sedaramu ini. Hihi...

Apa lagi ye nak cakap?

Oh ya, hari Khamis lepas family belah suami aku datang - Umi, Abah, Kakngah n Fikri. Kakngah dtg dr Melaka. Dia dpt cuti 3 hari. Fikri pun tgh cuti sem skg ni. Lain kali la citer psl diorg ek.... So, meriah jugak la rumah ni. Mereka semua duk sini sampai hari Sabtu.

Ok la, till next entry.

Friday, May 8, 2009

Aku yang ketinggalan...

Huhu, sungguh aku mmg ketinggalan ketapi.

Aku mula menjinakkan diri dlm dunia blog ini pun agak lewat, awal tahun ni baru mula. Itu pun sbb mcsyu duk suruh aku tulis blog. Ntah kalau bkn kerana mcsyu mau aku takde blog lg sampai ke hari ni. Hehe.

Sblm ni duk baca blog kawan-kawan je. Tu pun jarang2 sbb takde internet kat rumah KL. Time balik Kelate je la blh online.

Awal thn yg lalu aku tekad nak masukkan internet yg wireless broadband ni. Dgn itu dptlah aku bergiat dgn lebih aktif dlm arena ini... hihi.

Sebenarnya dr thn lepas lagi nak masuk internet. Dah apply streamyx. Tp tunggu punya tunggu, dia kata susah sbb area rumah aku (kuaters ni) takde kabel telefon. Mmg sume rumah takde pakai fixed line (talian tetap TM), termasuklah rumah imam besar n mufti sendiri (yeah, aku berjiran dgn mufti wilayah... haha. tp rumah beliau besor la, bkn mcm rumah imam kecik cam kami nih).

Sejak menceburkan diri dlm dunia blog-bloggers-blogging inilah baru aku tahu ttg wujudnya apa yg dinamakan cloth diapers atau nama pendeknya CD, iaitu lampin kain era moden sbg alternatif kepada lampin pakai buang yg digunakan skg ni.

Skg ni aku masih lagi mencari n mengumpul infomasi ttg jenis, jenama, harga dll. Tgk la nanti, nak try jugak utk auliya ni. CD agak praktikal dr segi penggunaanya. Mmg harganya agak mahal tp utk jangka masa panjang ia jauh menjimatkan.

Paling penting, penggunaan CD menyumbang kpd alam sekitar dgn mengurangkan sampah yg dibuang oleh kita semua setiap hari; kerana menurut fakta, disposable diapers adalah yg paling byk menjadi sampah!! Lagipun tidak dapat dipastikan penggunaan bahan penyerap dlm diapers selamat utk bayi. Kan ada isu ni yg dibawa oleh CAP dulu...

Buat kawan-kawan yg nak tahu lbh lanjut pasal CD boleh la menjenguk blog ni;

Blog nieza (blogger yg dikenali di alam maya nih.. heheh)

ataupun

Blog rozamimi (kawan saya yg dikenali masa matriks dulu sblm beliau masuk program JAD utk ke Jepun. Tak sangka terjumpa blognya dr blog nieza)

Mereka adalah pengguna CD utk anak mereka dan juga ibu yg menyokong penyusuan susu ibu.

Satu lagi yg aku ketinggalan, tang penyusuan susu ibu nih. Sejak jd blogger inilah baru aku tahu ttg wujudnya pelbagai peralatan utk menyokong EBF. Macam-macam ada, cooler, sterilizer dll yg ada antaranya aku taktau apakebendanya n apa gunanya. Byk nak kena study nih..

And sejak duk blogging inilah br aku tahu ttg istilah EBF (exclusive breastfeeding), EBM (express breast milk). Dulu tahu la penyusuan eksklusif tu maknanya fully breastfeed, tak campur dgn susu formula, tapi tak tahu la org panggil EBF. Hehehe. Sungguh aku ketinggalan.

Masa zukhruf dulu, mmg aku lack of knowledge sungguh pasal sume2 nih. Dah la dulu duk kat Baling (Kedah), takde internet, kurang membaca, tak tgk tv (lgpun kat Baling tak dapat TV3 kalau tak pasang ASTRO.. hahaha).. Jarang kontek kawan2. Iye la kot sms je. Lagipun aku antara yg terawal kawin n ada anak. Dah la anak sulung, takde kakak untuk refer. Hehe, byk pulak alasannya.

Kini baru la aku tahu wujudnya pelbagai jenis n jenama utk breastpump serta segala peralatannya. Harganya juga amat mengujakan, sampai melebihi 1 k. Isk.

Dan sejak jd blogger inilah br aku tahu ramai sekali ibu yg EBF walaupun bekerja. Ada yg sgt2 tegar dlm bab BF ni. Sungguh mengujakan. Syabas!!

Apapun, better late than never. Kan? Kan? Dan aku akan terus mencari info utk mengupdate diri ini. Hehe.

p/S: Oh ya, tang blog ni pun byk lg nak belajar n nak buat tp tak terbuat lg. Nak letak label pun tak siap2 lg. Nway, sikit2 lama2 ok la tu kan...


Thursday, May 7, 2009

Kawan-kawan Auliya

Yg lahir pada tahun 2009 ni...

1. Anak mcna (ukm). Baby girl. Nama Nur Dalia Soraya. Lahir dlm bulan 1 hari tu.

2. Anak nisa. Juga baby girl. Nama Dania. Lahir 27.3.09 kat Penang. Dania made in Australia, lahir je kat Malaysia. Kan Nisa kan??? Hehe.. Skg nisa tgh pantang lg kat umah family dia kat ketereh, kelate.

3. Anak Cheja. Baby girl jugak. Nama Alysha Maisarah. Lahir 6.4.09 kat hospital putrajaya. Aritu cheja pantang kat umah mertua dia kat kg.gajah (perak kan?) n nak balik kelate jgk sampai habis pantang.

4. Anak ke-2 jie (ukm). Laki. Yg 1st jie pun laki. Lahir 2.4.09 dgn berat 3.9kg. Nama Wan Muhd. Zafry Amzar. Jie pun tgh pantang kat kelate.

Juga anak Erra Fazira, Engku Aleesya (ejaan mcm ni ke?) yg lahir akhir bulan 3 hari tu..... Hehehe.


Dan yg bakal menyusul.....


1. Baby idah, anak ke-2nya yg akan lahir bulan 8 ni. Insya-Allah. Kata idah, mcm boy pulak. Takpe la idah, boleh geng dgn lutfi. Beza pun tak jauh tu.

2. Baby Che E (ukm) yg akan lahir hujung bulan 8 ni. Insya-Allah selamat. Sblm ni Che E dah 2 kali keguguran....

3. Juga baby Iela, anak ke-2nya yg akan lahir bulan 8 ni jugak. Harap2 boy ek Iela. Jadi kakak la mimi.


Ermmmm.... ada lagi ke??? Taktau la kot ada yg aku taktau. Apapun, mudah-mudahan semua selamat.

Oh ya, sorang lagi kawan Auliya, baby Daya (ukm) yg akan lahir dlm bulan 7 ni. Ni anak ke-2 daya. Yg 1st pempuan.

Most of my frens dah ada anak sorang @ baru nak masuk 2. Setakat ni liza je la yg dah ada 3 org anak. Liza pun member ukm. Anak dia setahun sorang. Ok jugak rapat2, boleh jadi kawan. Blh main sama2... Cuma penat je la sket kot. Jeles pulak tgk liza dah ada 3 org anak. Heheh...

Wednesday, May 6, 2009

Takde title...

Byk pulak rasanya nak cakap.. hehe.

1. Pagi tadi gi klinik utk check-up auliya yg 2 bulan. Actually tak sampai 60 hari lg (56 hari hari ni). So tadi cucuk la yg 2 bulan n timbang. Berat auliya skg 4.8kg. Tak sampai la 5 kg.

2. Esok umi abah akan bertolak ke johor pagi2 lg. Nak gi amik adik aku ida kat UTM yg baru habis. Ida amik management (marketing) hari tu. Balik tu nak singgah KL, nak tinggal ida kat rumah Eming, sbb dia ada interview minggu depan.

3. Aku mayb balik KL hari sabtu or ahad ni. Insya-Allah kalau takde aral.

4. Skg kan berlangsung MIHAS 2009 kat Matrade, Jln. Duta. Dekat je dgn rumah aku. Thn lepas pegi dgn Zukhruf. Best la jugak. Saje jalan2 sambil mencoba makanan / minuman yg diorg bg rasa tu... mcm2 ada, byk sgt. Bukan makanan / minuman je yg ada, kosmetik, ubat-ubatan, water filter n mcm2 lg la yg disahkan HALAL. Kalau nak beli makanan mcm nugget, ayam, jenis2 bebola ni n makanan sejuk beku segera (frozen food) mcm karipap, samosa, pau dll tu byk sgt la pilihan n murah drpd harga pasaran. Penyertaan pulak dr mcm2 negara.

5. Adik aku Fatin mayb nak buat law kat uitm. Dia dpt gak offer matriks kat melaka tp tak pegi kot. Susah jgk nak buat decision nak gi yg mana. Hari tu dia ada interview JPA utk buat law kat oversea tp tak tahu lg result. Mayb dlm bulan 5 ni jgk tahu. Tak tahu la ada harapan ke tak. Dulu bercita-cita nak buat medic tp tiba2 minat law pulak. Dia pun cam ada bakat nak jd lawyer. Umi aku pun encourage dia buat law. Ntah la, tgk la kat mana rezeki dia. Dia spm aliran sains, dapat 8A hari tu.

6. Last but not least nak ucapkan happy belated birthday (4.5.09) kpd suamiku yg jauh di mata tp dekat di hati.... Semoga panjang umur, murah rezeki dan tercapai segala hajat dan impian, serta sentiasa dalam lindungan-NYA. Semoga kita sentiasa berada dlm restu ar-Rahman....

Sunday, May 3, 2009

This is not a car seat!!

Ini cerita last week.

Aku duk berkira-kira nak beli car seat utk Auliya. Nak letak dia utk balik KL ni. Then gi la cari2 kat KB. Mmg nak beli, tapi tak reti la pulak nak beli yg macam mana.

Yg biasa ni utk budak yg dah besar sikit, dlm 6 months ke atas. Yg utk babies ni pulak mcm serba salah nak beli sbb blh guna sampai 6-8 bulan gitu je. Nak cari yg boleh guna dr infant sampai toddler. Nak beli sekali jer la, kalau blh.

So, tak beli lg la hari tu. Lagipun tak byk choice kat kelate ni.

Then, try tanya kawan2 yg ada menggunakan car seat utk gain maklumat nak beli yg macamana. Pahtu fikir2, nak beli kat KL la, lagi byk choice.

Rupa-rupanya adik aku Eming baru je beli car seat utk Haikal. Beli dr org yg jual dekat mudah.my. Dia cakap ok la jugak. 2nd hand tp baru lg. Yer la, kalau nak beli yg baru, yg agak berjenama gitu lagi la mahal.

Aku pun takder la nak beli yg harga beratus-ratus or sampai beribu-ribu nih... Cukup la yg biasa2 ni pun. Asal boleh guna n baby selesa...

Satu hari tu, gi KB pulak. Duk usha2 jugak la car seat tp tak decide nak beli. Then terjumpa yg macam berkenan la... Dia cakap 3 in 1; car seat, carrier n rocker. Boleh wat enjut gak la.

Lepas fikir2 tu so beli la...... Sbb benda yg kita tgk terus berkenan tu maknanya mmg berkenan la... Dok gitu?

Masa zukhruf dulu takde la car seat nieee.... "Car" pun takde lg masa tu, wat apa nak beli car seat. Hahaha.

Masa zukhruf dulu beli la walker, stroller n cradle. Stroller beli yg biasa2 jer. Baby cot mmg tak beli. Cakap psl baby cot, ingat nak beli la utk Auliya niee, tapi punya la duk survey2 sampai tak terbeli.... Hahaha. Ingat nak beli lps beranak, then dah beranak ni, rasa mcm takyah beli la pulak.

So, inilah rupanya benda alah tu....


Boleh jadi carrier n rocker.


Dia ada base (tempat letak dia) yg boleh berenjut. Kalau tak letak dekat base pun mmg boleh berayun jgk.



Masa nak beli hari tu, aku tgk dekat 'car seat' tu ada tulis, utk baby hingga 8 months atau 10 kg. And dia ada tulis "THIS IS NOT A CAR SEAT."

Itu la, nak beli carseat tp yg belinya "THIS IS NOT A CAR SEAT" la pulak. Bior jela. Dah berkenan tu. Lgpun yg aku tgk dlm internet, benda ni mmg org buat carseat.

Mungkin dia just tak jamin kalau buat carseat. Guna je la benda ni selagi boleh. Kalau auliya dah tak muat nanti baru beli yg besar sket.... Mintak mummy sponsor ke nanti...

*Mummy tu panggilan utk adik aku mardiah yg kat bintulu.